Panduan untuk kawal emosi semasa berurus niaga saham | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
CIKGU SAHAM - 23 February 2021

Panduan untuk kawal emosi semasa berurus niaga saham

 

 

SEBAGAI orang baharu yang membuat pembelian saham syarikat tersenarai di pasaran terbuka Bursa Malaysia akan merasa risau dan adakalanya tertekan apabila melihat harga saham yang dibeli itu telah jatuh walaupun kejatuhan itu adalah kecil.

 



Kejatuhan yang banyak dan berpanjangan pula pasti membuatkan sesiapa sahaja tidak senang duduk. Apatah lagi potfolio dagangan menunjukkan ROI yang negatif.

 

Untuk mengatasi masalah tekanan perasaan atau mengelakkan emosi mengganggu kehidupan seharian seperti di dalam artikel yang lepas ada mengatakan bahawa sesiapa sahaja yang ingin terjun dalam dunia perdagangan atau pelaburan saham perlu menggunakan wang lebihan. Wang ini merupakan wang yang bukan untuk belanja harian atau untuk kegunaan di masa hadapan.


 

cikgusaham

 

Membuat kajian atau analisis saham sebelum membuat pembelian saham-saham syarikat tersenarai di Bursa Malaysia

 

Kebiasaannya, seorang pedagang atau pelabur saham perlu mahir atau tahu membaca carta pergerakan sesuatu saham syarikat untuk melihat potensi kenaikan saham-saham tersenarai yang bakal di beli itu naik di masa hadapan.



Pedagang saham jangka masa singkat atau sederhana perlu memahirkan diri dalam membaca carta pergerakan harga saham-saham syarikat tersenarai di Bursa Malaysia. Ilmu analisis teknikal perlu dipelajari oleh sesiapa sahaja yang ingin terjun dalam dunia perdagangan atau pelaburan saham.

 

Oleh kerana pedagang itu melihat adanya potensi kenaikan pada saham yang dikaji, maka ia membolehkan pedagang untuk membuat pembelian saham syarikat tersenarai tersebut.



Pedagang yang bijak tidak akan membeli mana-mana saham syarikat tersenarai jika saham tersebut tiada potesi naik dalam masa terdekat atau pun di masa hadapan. 

 

cikgusaham

 

Ilmu analisis teknikal ini lebih sesuai digunakan untuk dagangan jangka masa pendek dan sederhana. Tetapi ia juga boleh diguna pakai untuk pegangan saham jangka masa panjang yang digabung sekali dengan kajian ke atas fundamental sesebuah syarikat tersenarai.

 

Masalah yang timbul di sini ialah apabila pedagang saham telah membuat kajian ke atas sesuatu saham syarikat tersenarai yang dibeli berpandukan TA dan FA, apabila harga saham tersebut merosot, keyakinan pelabur mula luntur. Semasa pasaran mengalami kejatuhan, pengambilan untung mahupun pembetulan harga, keyakinan pedagang saham akan tergugat lebih-lebih lagi apabila mereka melihat harga saham yang merosot hampir setiap hari.

 

Cikgu Saham dapati kebanyakan newbie tidak yakin dengan apa yang mereka telah pelajari semasa menghadiri seminar atau kursus pendidikan tentang pelaburan saham, ilmu analisis dan teknikal. Dalam situasi beli saham dan harga jatuh, kebanyakan newbie hanya mengambil tindakan untuk menjual saham tersebut kerana khuatir sekiranya mereka tidak menjualnya ditakuti harga saham tersebut akan jatuh lagi.

 

Menjual saham yang sedang jatuh untuk meminimumkan kerugian hanyalah merupakan salah satu tindakan apabila pegangan saham di dalam portfolio merosot. Ia bukanlah satu-satunya perkara yang perlu dilakukan oleh semua pedagang saham kerana tindakan menjual saham yang sedang jatuh boleh digantikan dengan tindakan membiarkan sahaja. Atau dengan kata mudah menjadikan pegangan saham tersebut sebagai satu pelaburan jangka masa panjang.

 

Melainkan sekiranya kita yakin bahawa saham syarikat tersenarai yang dibeli itu tidak berpotensi di masa hadapan disebabkan setiap kali penyata kewangan dikeluarkan, syarikat tersenarai itu mengalami kerugian demi kerugian dan syarikat tersenarai itu juga di dalam keadaan yang tidak menyakinkan pelabur.

 

Jangan lupa ikuti sambungan seterusnya. - DagangNews.com

 

Cikgu Saham Zuraida juga merupakan penulis buku saham "Dunia Saham Dari Perspektif Cikgu Saham'. And yang berminat boleh dapatkan buku ini dengan hubungi talian 017-3084787.

 

 

KOLEKSI CIKGU SAHAM:

SERBA TAK KENA BILA BERJUAL BELI SAHAM

Jangan panik semasa bursa tidak menentu

Dagangan tinggi tidak semestinya bermakna saham akan naik juga

Apakah kesan ke atas Bursa Malaysia bila tercetus kerajaan mahu perketat semula PKP?

 

 

 

 

Portfolio Tags