| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Untung OSK meningkat kepada RM106.23 juta pada 2QFY22

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Untung bersih OSK Holdings Berhad melonjak kepada RM106.23 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2022 (2QFY22) berbanding RM103.61 juta pada suku sama tahun lalu dengan segmen hartanah dan pembiayaan modal terus menjadi penyumbang utama keuntungan kumpulan.<

CTOS, PropertyGuru merevolusi ruang digital perniagaan hartanah komersial di Malaysia

KUALA LUMPUR 29 Ogos - CTOS Data Systems Sdn Bhd menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan anak syarikat PropertyGuru Group (PropertyGuru) untuk bekerjasama bagi merevolusikan ruang digital perniagaan hartanah komersial di Malaysia.

 

Untung bersih RHB susut 9.5% kepada RM634.83 juta bagi 2QFY22 akibat pendapatan lebih rendah

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Untung bersih RHB Bank Berhad susut sebanyak 9.5% kepada RM634.83 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2022 (2QFY22) berbanding RM701.34 juta tahun lalu disebabkan pendapatan bukan berasaskan dana yang lebih rendah dan perbelanjaan operasi yang lebih tinggi

Coca-Cola, Marshmello lancar minuman perisa strawberi dan tembikai edisi terhad

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Coca-Cola® Creations memperkenalkan satu adunan semula bagi perisa edisi terhadnya yang terbaru, iaitu hasil kolaborasi bersama Marshmello, seorang artis yang telah dicalonkan bagi Anugerah Grammy.

 

Pop Meals lancar hidangan The Mac-deka Trio sempena Hari Kebangsaan

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Rangkaian makanan segera gaya Malaysia, Pop Meals melancarkan "The Mac-deka Trio" yang menawarkan tiga variasi hidangan seperti 'Masak Lemak Mac and Cheese', 'Super Creamy Mac and Cheese' dan 'Crazy Spicy Mac and Cheese' sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-

Untung bersih KPJ melonjak  lebih 3 kali ganda pada suku kedua kepada RM27.09 juta

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Untung bersih KPJ Healthcare Bhd. melonjak lebih tiga kali ganda kepada RM27.09 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2022 daripada RM6.96 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya dengan pendapatan meningkat kepada RM707.57 juta daripada RM632.83 juta.

Untung bersih OM Holdings melonjak lebih tiga kali ganda kepada RM269 juta bagi 1HFY22

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Untung bersih OM Holdings Limited meningkat lebih tiga kali ganda kepada AS$60 juta (RM269.40 juta) pada 1HFY22 berbanding AS$18.1 (RM81.27 juta) pada 1HFY21.

 

Yinson, Aeon bekerjasama sediakan stesen pengecas kenderaan elektrik di seluruh pusat beli-belah

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Yinson GreenTech (YGT) melalui anak syarikat milik penuhnya Yinson Green Technologies (M) Sdn Bhd, menandatangani memorandum kerjasama (MoC) dengan AEON CO. (M) Bhd (Aeon) dan AEON BiG (M) Sdn.

Malaysian Genomics teroka peluang dalam biofarmaseutikal dengan kerjasama firma Arab Saudi

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Malaysian Genomics Resource Centre Bhd. (MGRC) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk meneroka peluang pengedaran produk dan perkhidmatan biofarmaseutikal dan genomik dengan Ajlan & Bros Medical Company.

 

TDM rekod untung sebelum cukai RM4.7 juta, didorong peningkatan hasil sebanyak RM159.5 juta

KUALA LUMPUR 29 Ogos - TDM Berhad merekodkan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM4.7 juta untuk suku kedua berakhir 30 Jun 2022 (2QFY22) berbanding kerugian sebelum cukai (LBT) sebanyak RM1.4 juta pada 2QFY2021. 

 

Subscribe to