KUALA LUMPUR 27 April - Radium Development Bhd (Radium), pemaju hartanah yang berpusat di Kuala Lumpur, telah melancarkan prospektusnya hari ini bersempena dengan cadangan penyenaraian 31 Mei di Pasaran Utama Bursa Malaysia.
KUALA LUMPUR 27 April - Pusat Pilihan Pengguna (CCC) menggesa Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) segera melaksanakan pindaan Kod Perlindungan Pengguna Malaysia (MACPC) yang sepatutnya dilaksanakan pada suku pertama 2023 untuk menambah baik hak pengguna penerbangan.
KUCHING 27 April - Perbincangan untuk Kerajaan Sarawak mengambil alih Lembaga Pelabuhan Bintulu (BPA) daripada Kerajaan Persekutuan masih diteruskan, kata Pengerusi Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB), Datuk Abdul Mutalib Alias.
KUALA LUMPUR 27 April - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sebelum ini mengumumkan momentum pemulihan yang menggalakkan dalam pergerakan penumpangnya di rangkaian lapangan terbangnya terutamanya pintu masuk utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
KUALA LUMPUR 27 April - Autocount Dotcom Bhd yang akan disenarai di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 9 Mei ini menyatakan bahawa tawaran awam permulaannya (IPO) terlebih langgan sebanyak 167 kali oleh orang awam Malaysia.
KUALA LUMPUR 27 April - Kenaikan kos bahan mentah, harga komoditi dan kos tenaga kerja yang lebih tinggi serta kekurangan jumlah pekerja dijangka terus menjejaskan keuntungan Kimlun Corporation Berhad pada 2023.
KUALA LUMPUR 27 April - Kadar Indeks Harga Pengeluar Malaysia (IPHR) yang mengukur harga barangan di pintu kilang terus menurun kepada -2.9% pada Mac 2023 berbanding -0.8% pada Februari 2023, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
KUALA LUMPUR 27 April - Mah Sing Group Bhd dijangka mendapat manfaat daripada projek Penang South Islands (PSI) memandangkan projek Southbay miliknya terletak di bahagian selatan Pulau Pinang, kata MIDF Research.
LUMUT 27 April - Pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang tertangguh akan dimulakan setelah kontrak tambahan dimeterai pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2023 bulan depan.