| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

YTL Power muncul pemegang saham utama Ranhill Utilities

KUALA LUMPUR 1 Nov - YTL Power International Berhad muncul pemegang saham utama Ranhill Utilities Berhad selepas memperoleh 243.33 juta saham atau 18.87% kepentingan dalam syarikat itu.

 

MASA, Indonesia Strategist meterai MoU inisiatif penyelidikan ekonomi serantau

KUALA LUMPUR 1 Nov - Institut Masa Depan Malaysia (MASA) dan Indonesia Strategist, termasuk pakar politik perniagaan dan risikan memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk menandakan pakatan strategik ke arah inisiatif penyelidikan ekonomi serantau yang komprehensif.

AmBank jangka BNM kekalkan OPR pada 3%, kini wujud keseimbangan inflasi diinginkan

KUALA LUMPUR 1 Nov - Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3% dalam mesyuarat jawatankuasa dasar monetari (MPC) yang akan datang, kata AmBank (M) Bhd.

 

Kerajaan tidak cadang tambat ringgit, elak hilang kebebasan dasar monetari - MOF

KUALA LUMPUR 1 Nov -  Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan tambatan ringgit dan kawalan tukaran mata wang asing yang pernah dilakukan semasa negara menghadapi Krisis Kewangan Asia pada 1998, kata Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong.

 

Jumlah kanak-kanak bawah umur 18 tahun dianggarkan 9.13 juta pada 2023 - DOSM

KUALA LUMPUR 1 Nov - Jumlah kanak-kanak di bawah umur 18 tahun dianggarkan sebanyak 9.13 juta meliputi 27.4% daripada jumlah penduduk Malaysia, 33.38 juta, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

 

Malakoff meterai perjanjian beli tenaga solar dengan DRB-Hicom

KUALA LUMPUR 1 Nov - Malakoff Corporation Berhad dan DRB-Hicom telah menandatangani perjanjian pembelian tenaga solar (SPPA) untuk pembangunan, operasi dan penyelenggaraan sistem solar fotovoltaik di 14 lokasi di Selangor, Perak, Kedah, Melaka dan Pahang.

Cadangan penghapusan harga siling, penamatan subsidi ayam beri kesan positif kepada Leong Hup, kata TA Research

KUALA LUMPUR 1 Nov - Cadangan penghapusan harga siling ayam dan telur serta penamatan subsidi kerajaan bermula 1 November 2023 adalah positif kepada Leong Hup International Berhad.

 

Saifullah Akhtar letak jawatan sebagai CEO Pertama Digital

KUALA LUMPUR 1 Nov - Pertama Digital Bhd mengumumkan peletakan jawatan ketua pegawai eksekutifnya (CEO) Saifullah Akhtar, berkuat kuasa hari ini.

 

Anak syarikat Capital A terima kelulusan organisasi penyelenggaraan Bahagian 145 daripada EASA

KUALA LUMPUR 1 Nov - Asia Digital Engineering (ADE), cabang penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) Capital A, memperoleh kelulusan bagi organisasi penyelenggaraan Bahagian 145 daripada Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA).

 

Subscribe to