KUALA LUMPUR 25 Feb - MIDF Research menyemak naik penarafan saham Tenaga Nasional Bhd. (TNB) kepada 'beli' berbanding 'neutral' sebelum ini pada harga sasaran RM9.55.
BANGKOK 25 Feb - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tiba di Thailand untuk lawatan rasmi tiga hari bagi mempertingkatkan lagi kerjasama dua hala dan pergerakan rakyat di kedua-dua negara.
PUTRAJAYA 24 Feb - Kementerian Kesihatan (KKM) memutuskan individu yang menjadi kontak rapat tetapi menerima dos penggalak serta tidak bergejala, tidak lagi perlu menjalani kuarantin berkuat kuasa 1 Mac ini.
KUALA LUMPUR 24 Feb - Seramai 10 bekas kakitangan Mara Corporation memfailkan saman di Mahkamah Perusahaan di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 kerana mendakwa pemecatan mereka pada 28 Januari 2021 adalah tidak adil dan menyalahi undang-undang.
PHNOM PENH 24 Feb - Malaysia dan Kemboja berpandangan isu Ukraine dan Russia perlukan dialog untuk mencari penyelesaian damai bagi kedua-dua negara berjiran itu, kata Perdana Menteri Kemboja, Samdech Techno Hun Sen.