Tempahan kerja RM300 juta sokong prospek HE Group, Phillip Capital naikkan harga sasaran kepada RM1
KUALA LUMPUR 12 Ogos – Phillip Capital menaikkan harga sasaran 12 bulan bagi HE Group Berhad kepada RM1 daripada RM0.73 dan menaikkan unjuran pendapatan sesaham (EPS) syarikat bagi 2026 hingga 2028 sebanyak 6% hingga 25% berikutan prospek tempahan kerja yang semakin kukuh.







