Musa Abdul Malek dilantik pengerusi Affin Islamic Bank | DagangNews Skip to main content

Musa Abdul Malek dilantik pengerusi Affin Islamic Bank

KUALA LUMPUR 6 Julai - Affin Bank Bhd. melantik sebagai pengerusi baharu Affin Islamic Bank Bhd. (AiBB) berkuat kuasa 22 Jun 2022.

 

Dalam makluman di Bursa Malaysia, bank itu berkata, beliau telah berkhidmat sebagai pengarah bebas bukan eksekutif AiBB, yang merupakan anak syarikat milik penuh Affin Bank sejak 1 Ogos 2019.

 

Musa Abdul Malek
Musa Abdul Malek

 

 

"Beliau mempunyai lebih 40 tahun pengalaman perbankan dengan memegang pelbagai jawatan kepimpinan kanan dalam Kumpulan HSBC, Bank Muamalat Malaysia Bhd. dan CIMB Islamic Bank Bhd.," katanya.

 

Sebelum ini, Musa juga pernah berkhidmat sebagai pengarah bebas bukan eksekutif Bank Pembangunan Malaysia Bhd. pada 2017 sebelum bersara pada Februari 2019. 

 

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) dari Universiti Ohio, Amerika Syarikat (AS)/Institut Teknologi Mara. - DagangNews.com