Majlis Perbandaran Taiping tawar pengurangan saman 50% bagi semua kesalahan lalu lintas sehingga 30 Sept 2022 | DagangNews Skip to main content

Majlis Perbandaran Taiping tawar pengurangan saman 50% bagi semua kesalahan lalu lintas sehingga 30 Sept 2022

TAIPING 17 Sept - Sempena sambutan Hari Perbandaran Taiping dan Hari Malaysia, Majlis Perbandaran Taiping (MPT) menawarkan pengurangan (diskaun) bagi bayaran kompaun/notis kesalahan lalu lintas dengan kadar 50% bagi semua kesalahan lalu lintas yang dikeluarkan di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) MPT 2004.

 

Menurut kenyataan MPT, tawaran ini berkuatkuasa mulai 15 September hingga 30 September  2020.

 

"Tawaran ini tidak termasuk bagi kompaun/notis yang telah dikenakan tindakan mahkamah," menurut kenyataan MPT.

 

Pembayaran tawaran kompaun boleh dijelaskan melalui kaedah :

i. Kaunter Bayaran bersepadu, Wisma Perbandaran Taiping

ii. Kaunter tiket Zoo Taiping & Night Safari

iii. Laman web : https://ebayar.mptaiping.gov.my

iv. Aplikasi mudah alih : myMPT

v. Perbankan dalam talian : maybank2u

vi. Aplikasi mudah alih : Park@Perak

 

"Tawaran pengurangan ini merangkumi tawaran kompaun kesalahan lalu lintas yang dikeluarkan di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) MPT 2004," kata Majlis Perbandaran Taiping lagi. - DagangNews.com