Iris Group tidak tahu punca saham melonjak 83%, nafi wujud spekulasi atau khabar angin
KUALA LUMPUR 18 Mei – Iris Group Bhd menjelaskan syarikat itu tidak mengetahui sebarang perkembangan korporat yang boleh mencetuskan aktiviti dagangan luar biasa (UMA) sehingga menyebabkan harga sahamnya melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh lebih setahun.






