Insiden Jeti Kompleks Tanjung Bin libatkan pemunggah arang batu, operasi loji Malakoff tidak terjejas
KUALA LUMPUR 16 Dis – Malakoff Corporation Berhad menjelaskan peralatan yang terlibat dalam insiden semasa kerja penyelenggaraan berjadual di Jeti Kompleks Tanjung Bin pada 13 Disember 2025 lalu ialah pemunggah arang batu dan bukannya kren seperti yang didakwa sebelum ini.






