Sampai bila pengundi perlu menderita akibat `Pemasaran Bermusim’ semasa pilihan raya? | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Infiniti - 7 July 2023

Sampai bila pengundi perlu menderita akibat `Pemasaran Bermusim’ semasa pilihan raya?

 

 

SEJAK kebelakangan ini sindrom pilihan raya sering melanda negara yang di sebabkan kedudukan politik yang kurang stabil dan mengakibatkan pilihan raya kini seolah-olah telah menjadi bahan percaturan untuk menukar kuasa.

 

Ini diikuti oleh satu sindrom yang mana kita  mungkin sering melihat banyak  jenama parti politik yang mengeluarkan bahan kempen yang sesuai dengan ketika dan saat tertentu sahaja. Atau dengan kata lain hanya menabur janji manis ketika pilihan raya tanpa mengira boleh atau tidak perlaksanaannya.

 

Sindrom pemasaran bermusim semakin menjadi jadi kebelakangan ini akibat daripada pengetahuan ilmu politik yang cetek dalam kalangan pengundi. Yang memburukkan keadaan lagi apabila akta pengundi 18 tahun diluluskan tanpa melalui masa persediaan yang rapi.   Memang betul kempen pemasaran bermusim ini selalunya boleh menyumbang kepada trafik dan peningkatan populariti sesebuah parti politik itu.


 

parafrasa

 


Persoalannya adakah janji-janji di dalam kempen ini dibuat dengan bertanggungjawab atau sekadar menanam tebu di pinggir bibir atau hanya janji manis semasa berkempen dan akhirnya hilang entah ke mana setelah tamat masa pilihan raya.

 

Kempen yang hanya berlangsung pada masa tertentu ini dipanggil pemasaran bermusim di dalam bidang pemasaran. Parti politik yang bertanding dalam sesuatu pilihan raya tidak boleh sama sekali melihat  kempen pemasaran bermusim melalui pilihan raya ini seumpama kempen pemasaran yang berlangsung sama seperti pada hari raya, tahun baru Cina dan sebagainya.

 

Jika ini berlaku segala yang dijanjikan akan berakhir setelah tamat tempoh kempen dan selesai kempen pilihan raya. Keadaan ini tidak sama sebenarnya, parti-parti politik yang memenangi pilihan raya perlu mengotakan janji mereka dengan penuh bertanggung jawab dan ini adalah bukti perbezaan yang paling nyata berlaku dalam satu kempen pilihan raya berbanding kempen pemasaran bermusim sesesuatu perayaan.

 

Dari segi psikologi, para pengundi juga mempunyai beberapa motif pada saat-saat tertentu apabila mereka ingin membeli sesuatu produk dan berbeza sama sekali ketika mereka membuang undi. Ini adalah kerana satu undi mereka akan membawa kesan jangka masa panjang berbanding keputusan pembelian yang dibuat berdasarkan kempen pemasaran bermusim.

 

Para pemimpin parti politik perlu diberikan pendidikan tentang kempen pemasaran bermusim ini di mana kesan pemasaran bermusim boleh mewujudkan euforia dan perasaan takut terlepas (FOMO) kepada para pengundi, ini adalah supaya para pengundi diasak dengan janji janji manis untuk membuat keputusan dengan cepat semasa kempen pemasaran bermusim berlaku semasa pilihan raya.

 

Di dalam pemasaran para ahli pemasar meringkaskan penjelasan pemasaran bermusim yang boleh aplikasikan untuk perniagaan dan perlukan justifikasi yang berbeza untuk kempen pilihan raya yang lebih bersifat hubungan jangka masa panjang dan memerlukan komitmen perlaksanaan sesuatu janji itu dikotakan. 


 

parafrasa

 


Bagaimanakah Ahli Pemasaran Mendefinisikan Pemasaran Bermusim?

Menurut satu firma pemasaran antarabangsa, pemasaran bermusim ialah pelbagai jenis promosi yang dicipta oleh jenama pada masa tertentu dalam setahun, ini juga boleh dipanggil musim jualan.

 

Sementara itu, pelancaran kempen pilihan raya pula merupakan pemasaran bermusim yang akan dilihat sebagai promosi terhad masa yang bertujuan untuk meningkatkan populariti sesuatu parti politik dalam jangka masa yang singkat hanya untuk meraih undi semasa pilihan raya dengan menggunakan gabungan strategi pemasaran yang betul.

 

Strategi pemasaran bermusim ini diambil sebagai cara untuk memaksimumkan keberkesanan kempen pilihan raya.Ini jelas apabila sesuatu parti politik menabur janji-janji yang tidak praktikal dengan mengambil peluang dari sekumpulan masyarakat yang tidak menguasai maklumat walaupun teknologi berada di dalam genggaman masyarakat kita.

 

Di sini ahli masyarakat perlu sentiasa perlu pastikan maklumat berada di hujung jari mereka dan  membuat semakan dahulu ke atas janji-janji kempen sesebuah parti politik. Ini perlu dilakukan sebelum membuat keputusan pengundian kerana ini boleh membawa keburukan jangka masa panjang jika tersalah pilih.

 

Para pemimpin politik pula perlu menawarkan satu pakej janji yang lebih bertanggungjawab yang dibuat bagi menggalakkan parti mereka  agar dapat memanfaatkan undi yang mereka terima.


 

parafrasa

 


Pemasaran bermusim selalunya mengandungi promosi khas untuk menarik perhatian pelanggan pada musim tertentu sahaja.

 

Sebagai contoh, semasa cuti, jualan produk fesyen dan makanan sebenarnya meningkat sehingga ahli perniagaan melonjakkan jualan dengan pelbagai diskaun dan promosi menarik dan ini tidak terhenti di dalam kempen pilihan raya. Selamat membuat keputusan yang bijak semua. – DagangNews.com

 

Afizan Amer adalah Pensyarah Kanan Pemasaran Digital, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Kampus Rembau , Universiti Teknologi Mara N.Sembilan.

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL INFINITI

parafrasa

 

Portfolio Tags