Pimpinan politik hari ini kurang tumpuan dalam membina jenama peribadi yang teguh | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Infiniti - 18 August 2023

Pimpinan politik hari ini kurang tumpuan dalam membina jenama peribadi yang teguh

 

 

 

 

KEPIMPINAN merupakan kebolehan seseorang mengetuai sekelompok orang untuk sama-sama mempunyai aspirasi yang sama bagi merealisasikan suatu visi yang dikongsi bersama.

 

Bunyinya mudah, dan konsep ini sepatutnya senang diaplikasikan dalam sesuatu perniagaan mahupun organisasi politik. Susah sangatkah hendak memimpin orang lain?

 

Meneliti pemahaman berkenaan kepimpinan yang cekap, kuncinya ialah ‘manusia’. Kerja memimpin ini rumit dan serba macam kerana manusia hakikatnya rumit dan serba macam. Kita semua berbeza, dengan kemahiran tertentu, serta kekuatan, kelemahan, cara berkomunikasi, persepsi, pendapat, idea, kegemaran dan perkara yang kita tidak suka.

 

Kita juga ada keperluan yang berbeza, serta berkembang maju dan membangun pada kadar yang berbeza. Sebahagian daripada kita jenis ekstrovert penuh semangat; ada yang jenis introvert dengan rasa ingin tahu; dan sebahagian daripada kita memiliki personaliti ambivert.

 

Para pimpinan politik generasi baru perlu melihat penglibatan yang kuat adalah kunci untuk membina jenama peribadi. Sememangnya pelbagai media sosial boleh menjadi medan peluang untuk mereka mendekatkan diri dengan audiens, terutama yang sedang hangat dan baru iaitu Threads tetapi perlu dalam penggunaan kandungan yang betul.


 

threads

 


Threads ialah platform perbualan yang agak ke hadapan kaedahnya, terutama untuk mencipta penjenamaan peribadi yang berkesan . Membina dan mengurus penjenamaan peribadi sentiasa penting untuk menghadapi persaingan di dalam pilihanraya mahupun pemilihan parti.

 

Jika para pimpinan politik generasi baru ingin konsisten merentas berbilang saluran media, maka mereka perlu memahami dengan baik pendekatan yang boleh mereka ambil untuk melibatkan diri dengan khalayak mereka, dengan lancar dan berkesan.

 

Berikut adalah merupakan kaedah yang boleh difikirkan untuk mengimbangi kualiti penjenamaan jenama peribadi yang kurang seimbang seperti yang terjadi di dalam sesi rancangan “Debat Ekonomi Baru Malaysia” baru-baru ini.


 

irsyad

 


Hal ini perlu ditangani dan para pimpinan politik generasi baru boleh memanfaatkan potensi Threads untuk membina jenama peribadi yang lebih kukuh.

 

1. Buat naratif jenama yang tulen

Bagi pemimpin politik generasi baru  yang sudah mempunyai khalayak yang setia, mereka pasti akan berasa bergantung kepada maklumat, idea atau naratif yang mereka ingin cipta. Mereka pasti akan menunggu walaupun terpaksa mencari idola mereka.

 

Untuk mengekalkan kepercayaan khalayak, mereka perlu memikirkan bagaimana untuk mengekalkan keunikan dan keaslian setiap naratif mereka merentas semua saluran, termasuk Thread.

 

Untuk membina jenama peribadi pada Threads, mereka seharusnya cuba membina hubungan yang lancar melalui setiap idea dan pendapat yang mereka sampaikan secara santai. Jangan lupa, jadi diri sendiri.

 

Tunjukkan nilai mereka konsisten dalam setiap naratif. Tanya diri mereka apa yang menjadikan mereka unik. Terokai kekuatan yang belum ditemui. Jadikan keunikan ini sebagai ubat penawar yang membawa kepercayaan dan kredibiliti di mata khalayak.


 

irsyad

 


2. Bangun percakapan yang membina

Penglibatan dalam perbualan merupakan kunci kepada segala-galanya. Ia memastikan khalayak berminat untuk membalas pendapat mereka, mengambil bahagian dalam naratif dan menjadi bukti sosial yang menguntungkan untuk anda.

 

Kekalkan hubungan baik yang telah dibina pada media sosial. Threads adalah keperluan dan . kepercayaan diutamakan. Selain itu, mereka juga perlu sentiasa mengikuti perkembangan terkini dengan pelbagai perbualan hangat yang mungkin menjadi tular atau menjadi rancak.

 

Ini dapat memastikan mereka kekal relevan dengan pelbagai topik perbincangan. Mereka juga boleh menarik khalayak untuk berkongsi pemikiran dan pengalaman mereka supaya mereka boleh belajar daripada satu sama lain. Ini menjadikan Threads platform positif untuk jenama peribadi  mereka serta khalayak bersifat dua hala.

 

3. Tunjukkan kemahiran anda

Langkah seterusnya ialah mengoptimumkan semua media yang boleh mereka gunakan untuk mempamerkan kemahiran mereka. Bina jenama peribadi dengan cara yang lebih maju. Threads menawarkan platform perkongsian foto atau video selama 5 minit yang membolehkan mereka gunakan untuk membina naratif yang ingin mereka cipta.

 

Cuba berikan imej visual bagi setiap projek, inovasi atau pencapaian yang pemimpin miliki. Jangan sia-siakan setiap rangkaian yang mereka ada. Imej visual, maklumat grafik dan data yang padat dengan penceritaan yang baik akan membantu keberkesanan kandungan yang mereka muat naik pada Threads.


 

parafrasa


 

Visualisasi yang baik akan dapat menjadikan maklumat yang kompleks lebih mudah dihadam, mudah difahami dan mudah diingati.

 

Kandungan video juga memudahkan para pemimpin politik generasi baru menyampaikan kepakaran dan pengalaman mereka. - DagangNews.com

 

 
Afizan Amer adalah Pensyarah Kanan Pemasaran Digital, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Kampus Rembau , Universiti Teknologi Mara N.Sembilan.

  KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL INFINITI


 

dagangnews

 

Portfolio Tags