Padukah Sistem Pangkalan Data Utama (PADU)? | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Infiniti - 5 January 2024

Padukah Sistem Pangkalan Data Utama (PADU)?

 

 

SISTEM Pangkalan Data Utama (PADU) yang baru dilancarkan, adalah untuk bertujuan mencerap data profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia.

 

Maklumat profil ini akan diperolehi melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber. Individu boleh mengemaskini maklumat bermula 2 Januari 2024 dan seterusnya pada bila-bila masa sekiranya terdapat sebarang perubahan seperti alamat semasa, maklumat pekerjaan dan pendapatan.

 

Sistem PADU ini dilihat sebagai satu alat yang digunakan untuk mencerap data sebenar bagi tujuan merangka penstrukturan semula ekonomi Malaysia yang merujuk kepada proses membuat perubahan kualitatif yang ketara dalam sistem ekonomi.

 

Ini termasuk peralihan dalam sistem ekonomi, corak pertumbuhan, dan peralihan institusi. Data data yang diperolehi adalah untuk dimanfaatkan dalam melibatkan penyusunan semula hubungan komersial atau kewangan antara perusahaan yang berkaitan, serta perubahan kualitatif radikal dan inovasi dalam produk, proses dan bentuk organisasi dalam ekonomi dan geografi ekonomi Malaysia.

 

Satu pengkalan data yang boleh diharapkan keboleh capaiannnya menjadi keperluan kerana, penstrukturan semula ekonomi yang sepatutnya diusahakan boleh membawa kepada peralihan daripada corak pertumbuhan ekonomi yang meluas kepada yang intensif, bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan pembangunan ekonomi.

 

 

padu

 

 

Mengapa penstrukturan semula ekonomi dan pembaharuan model pertumbuhan perlu dalam mendepani cabaran semasa?

 

Dari segi keadaan domestik,memandangkan kedudukan Malaysia mempunyai pengaruh politik yang penting di rantau ini dan mempunyai sumber semula jadi yang tersendiri.

 

Rakyat Malaysia juga mempunyai struktur pendidikan yang teratur disiplinnya serta berkebolehan dalam banyak bidang, menjadikan struktur ekonomi negara ini tidak boleh lagi bergantung kepada model struktur ekonomi negara membangun.

 

Struktur ekonomi negara yang kekal dalam corak negara membangun, yang mana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi adalah bergantung kepada peningkatan kuantitatif akan menjana produktiviti tempatan yang rendah, dan banyak potensi dan kelebihan tidak diterokai.

 

Keadaan ini menyebabkan cabaran yang teruk kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi domestik, sedangkan taraf pendidikan masyarakat telah disediakan untuk keterbukaan ekonomi dalam skala yang lebih besar.

 

Keadaan yang membelengu struktur ekonomi negara menyebabkan gaji yang ditawarkan berada pada tahap yang rendah, cukai yang tinggi dan kadar faedah serta kekurangan ketelusan telah menjejaskan pengeluaran secara serius dan akhirnya melemahkan kreativiti pekerja.

 

Pengurusan harga pindahan yang lemah dan pengelakan cukai oleh perusahaan FDI dan defisit perdagangan yang besar juga merupakan masalah besar.

 

Dengan pengeluaran dan pembangunan perkhidmatan masih belum dapat mengenal pasti produk utama negara untuk perlaksanaan. Strategi pelaburan tertumpu dan pembaharuan model pertumbuhan dalam rantaian nilai global pula masih dalam kajian.

 

 

padu

 

 

Sumber utama pendapatan negara masih bergantung eksploitasi dan penjualan sumber asli khususnya minyak dan gas serta tanah menjadikan data yang dicerap melalui sistem PADU adalah teras yang amat penting sebagai usaha untuk menjayakan  reformasi struktur ekonomi negara.

 

Bertindak di atas kepentingan ini lah sistem PADU ini memerlukan satu perancangan yang teliti termasuk dari segi keselamatan dan ketepatan data pengguna dan masyarakat umum.

 

Sistem ini sepatut diuji tekanan dan keselamatan sewajarnya sebelum dilancarkan kerana merupakan tulang belakang reformasi struktur ekonomi. Jika sistem ini lemah maka pengstrukturan ekonomi sudah pastinya akan terjejas.

 

Kelemahan yang terdapat dalam sistem PADU pada API (Application Programming Interface) sistem PADU yang dikata membolehkan pihak tidak bertanggungjawab mengubah maklumat login (password) dengan menggunakan maklumat nombor kad pengenalan perlu segara diperbaiki sebelum dilancarkan semula.

 

Terdapat juga rungutan individu yang membuat pendaftaran, berdepan masalah nombor pas pengesahan transaksi (OTP) ketika melakukan pendaftaran selepas satu jam laman sesawang Pangkalan Data Utama (PADU) dibuka pada tengah hari Selasa.

 

Pihak berwajib seharusnya membuat uji lari terlebih dahulu untuk sistem ini dalam satu kelompok yang kecil untuk melihat dan menilai kelancarannya sebelum dibuat pelancarannya.

 

 

padu

 

 

Rata-rata rakyat bersetuju yang negara sememangnya memerlukan satu pengkalan data yang tepat agar setiap perancangan dan agenda ekonomi menjadi lebih berkesan.

 

Mereka juga yakin yang apabila sistem Pangkalan Data Utama (PADU) diperkenalkan kerajaan, akan dapat memastikan agihan subsidi dibuat dengan lebih teratur dan bersasar, namun kesulitan yang dihadapi mereka ketika ini adalah kelancaran akses masuk ke laman web dan meragui keselamatannya. - DagangNews.com

 

Afizan Amer adalah Pensyarah Kanan Pemasaran Digital, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Kampus Rembau , Universiti Teknologi Mara N.Sembilan.

 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL INFINITI

 

dagangnews

 

Portfolio Tags