Perak perlu RM16 juta naik taraf kemudahan Jabatan Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh
IPOH 31 Julai - Peruntukan sebanyak RM16 juta diperlukan untuk menaik taraf Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini berikutan kemudahan sedia ada tidak mencukupi.






