F&N catat untung Q1 lebih rendah sebanyak RM92.95 juta, mungkin pertimbang selaras harga produk elak tekanan margin
KUALA LUMPUR 8 Feb - Fraser & Neave Holdings Bhd. (F&N) merekodkan untung bersih yang lebih rendah pada suku pertama (Q1) berakhir 31 Disember 2021, susut 32.06% kepada RM92.95 juta daripada RM136.81 juta bagi tempoh sama tahun lalu.










