KUALA LUMPUR 1 April - Pembukaan sempadan negara dan peralihan kepada fasa endemik mulai hari ini, akan menjadi antara pemangkin utama pertumbuhan ekonomi negara bagi 2022.
KUALA LUMPUR 1 April - Delyva Sdn Bhd (Delyva) hari ini mengumumkan HappyFresh Malaysia memilih sistem pengurusan penghantaran DelyvaX untuk memperkemas operasi penghantaran termasuk di pasar raya fizikal HappyFresh yang baru dilancarkan.
KUALA LUMPUR 1 April - Rakuten Trade Research menjangkakan Pappajack Berhad akan mencatatkan pendapatan bersih sebanyak RM10 juta dan RM11.3 juta untuk FY22 dan FY23 selain pegangan tunai bersih sebanyak RM49.5 juta selepas penerbitan tawaran awam permulaan (IPO).
KUALA LUMPUR 1 April - Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) bersedia berbincang dan berunding dengan Kerajaan Malaysia dan HSBC Bank Malaysia demi kepentingan terbaik pekerja-pekerja bank terbabit.
KUALA LUMPUR 1 April - MIDF Research mengekalkan saranan 'beli' bagi saham Astro Malaysia Holdings Berhad dengan harga sasaran (TP) RM1.18 dengan menjangkakan perbelanjaan pengiklanan (adex) akan bertambah baik sebaik pembukaan semula ekonomi negara.
SINGAPURA 1 April – Kebanyakan isi rumah di Singapura bakal membayar bil elektrik yang lebih tinggi untuk tiga bulan akan datang, dengan tarif elektrik bagi suku tahunan berikutnya meningkat kira-kira 10% ketika perang Rusia-Ukraine berterusan.
SEPANG 1 April - Pesawat Saudi Airlines dari Jeddah, Arab Saudi menjadi pesawat pertama mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sempena pembukaan sempadan negara secara rasmi hari ini.
KUALA LUMPUR 1 April - CGS-CIMB Research mengekalkan saranan 'pegang' terhadap Cypark Resources Bhd. dengan harga sasaran (TP) dinilai lebih rendah pada 85 sen berbanding 96 sen sebelum ini.
KUALA LUMPUR 1 April - Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) melancarkan skim pembiayaan kenderaan berperingkat, ‘Muamalat Step-Up Auto Financing-i’ yang menawarkan pembiayaan kereta mampu milik dengan ansuran lebih rendah untuk tiga tahun pertama.