BERA 10 Jun - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata, hukuman mati tidak dimansuhkan dan masih kekal namun perubahan yang dilakukan ialah memberi pilihan kepada hakim menggunakan budi bicara dalam menjatuhkan hukuman.
KUALA LUMPUR 10 Jun - Para editor dan pengarang media hari ini diberi penerangan mengenai perkembangan semasa, cabaran dan masa depan industri tenaga negara oleh Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasion
KUALA LUMPUR 10 Jun – Hong Seng Consolidated Bhd. memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan EoCell Inc. untuk membangunkan hab pembuatan serantau di Malaysia bagi mengeluarkan bateri untuk kenderaan elektrik (EV).
KUALA LUMPUR 10 Jun - Malaysia akan berubah menjadi ‘Nanny State’ sekiranya cadangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai pengharaman penjualan rokok serta produk vape kepada individu yang lahir selepas 2005 diluluskan dan pada masa sama akan memberi kesan kepada ekonomi negara.
KUALA LUMPUR 10 Jun - Aeon Co. (M) Bhd. mengumumkan peletakan jawatan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shafie Shamsuddin berkuat kuasa 30 Jun 2022, selepas 3 tahun bersama kumpulan syarikat tersebut.
KUALA LUMPUR 10 Jun - Institut Pengarah Korporat Malaysia (ICDM) mendapati kebanyakan syarikat mula memberi tumpuan untuk membina budaya kemampanan bagi mencapai prestasi yang lebih baik.
KUALA LUMPUR 10 Jun - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melancarkan Program Pemecut MYStartup kedua, yang menawarkan geran sehingga RM600,000 kepada 10 daripada 33 syarikat pemula niaga yang terlibat dalam program itu.
KUALA LUMPUR 10 Jun - Kementerian Kewangan yakin sektor awam dan swasta akan memainkan peranan mereka masing-masing dan menyumbang kepada kejayaan usaha kemampanan dan matlamat Malaysia pada masa depan.