Liga Esports Malaysia edisi kedua bermula 12 September hingga 3 Disember 2022
KUALA LUMPUR 8 Sept - Esports Integrated (ESI), sebuah inisiatif untuk memangkin ekosistem yang rancak, mampan dan inklusif oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini mengumumkan pelancaran Liga Esports Malaysia 2022 (MEL22) bermula 12 September hingga 3 Disember 2022.










