SHAH ALAM 3 Feb - DRB-Hicom merakamkan ucapan takziah di atas pemergian Presiden Persatuan Automotif Malaysia, Datuk Aishah Ahmad kepada keluarga, rakan taulan dan rakan sekerja Allahyarham.
TANJUNG MALIM 3 Feb - Orang ramai dijemput menghadiri Karnival Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) MOSTI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini.
KUALA LUMPUR 3 Feb - Persatuan Emas Malaysia (MGA) akan menganjurkan Persidangan Emas Malaysia buat julung kalinya di Kuala Lumpur pada 17 Februari 2023.
KUALA LUMPUR 3 Feb - Pertumbuhan pendapatan Press Metal Aluminium Holdings Berhad bagi suku keempat 2022 (4QFY22) dijangka menyederhana kepada 1% didorong harga aluminium yang lebih lemah di pasaran.
KUALA LUMPUR 3 Feb - Pihak berkuasa kastam Amerika Syarikat (AS) memutuskan bahawa produk minyak sawit yang dibuat oleh Sime Darby Plantation Malaysia tidak lagi dihasilkan dengan buruh paksa, menurut laporan Reuters memetik notis Daftar Persekutuan AS (US Federal Register).
KUALA LUMPUR 3 Feb - Kejayaan Velesto Energy Berhad meraih kontrak baharu bernilai AS$14 juta daripada Roc Oil (Sarawak) Sdn. Bhd. dijangka meningkatkan kadar penggunaan pelantar campuran keseluruhannya serta peningkatan kadar sewa harian (DCR).
KUALA LUMPUR 3 Feb - Kenanga Research menjangkakan pendapatan IHH Healthcare Berhad bagi setiap pesakit berkembang antara 10% hingga 15% pada 2023 berbanding 10% hingga 20% pada 2022.