| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Perdagangan, eksport Malaysia merosot 14.1% kepada RM123.98 bilion pada Jun 2023 - MITI

KUALA LUMPUR 20 Julai - Eksport Malaysia pada Jun 2023 merosot 14.1% kepada RM123.98 bilion dan import juga berkurang 18.9% kepada RM98.16 bilion.

 

Jumlah dagangan Malaysia jatuh 16.3% tahun atas tahun pada Jun kepada RM222.1 bilion - DoSM

KUALA LUMPUR 20 Julai - Jumlah dagangan Malaysia susut 16.3% kepada RM222.1 bilion pada Jun 2023, daripada RM265.4 bilion setahun sebelumnya.

 

Maybank IB jangka peningkatan nilai ringgit bantu pulih harga saham Genting

KUALA LUMPUR 20 Julai - Maybank Investment Bank (Maybank IB) mengekalkan saranan 'beli' terhadap Genting Berhad walaupun mengurangkan harga sasaran dan anggaran pendapatan sesaham (EPS) dengan jangkaan peningkatan nilai ringgit akan memulihkan harga saham.

 

OCK dijangka kekal penerima manfaat utama daripada peralihan ke model dwi-rangkaian – RHB Investment

KUALA LUMPUR 20 Julai - OCK Group Bhd dijangka kekal sebagai penerima manfaat utama daripada peralihan kerajaan ke arah model dwi-rangkaian 5G, kata RHB Investment.

 

Nurul Izzah saran pusat beli-belah sediakan parkir khas motosikal penghantar makanan

KUALA LUMPUR 20 Julai - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menyarankan pihak pengurusan pusat beli-belah menyediakan tempat letak motosikal khas bagi memudahkan penghantar makanan menjalankan kerja mereka tanpa sebarang masalah.

 

Penurunan iklan segmen akhbar menjadi penyumbang utama kepada penyusutan pendapatan adex pada 2023 - Kenanga Research

KUALA LUMPUR 20 Julai - Pendapatan adex pada separuh pertama tahun ini merekodkan penurunan sebanyak 2.4% dari tahun ke tahun kepada RM3.1 bilion dengan segmen akhbar menjadi penyumbang utama kepada penyusutan prestasi semasa

 

FastJobs Malaysia sokong golongan belia, penggiat seni melalui tajaan lukisan mural di Taman Rimba WoodHAVEN

KUALA LUMPUR 20 Julai - FastJobs Malaysia, portal pekerjaan online terkemuka menyokong golongan belia dan pengiat seni menerusi tajaan kepada inisiatif projek ‘Blank Canvas: Mural Art di Taman Rimba WoodHAVEN' bagi mempromosi penglibatan masyarakat terhadap usaha pengindahan band

RHB Investment kekal yakin terhadap sektor pembinaan disokong projek HSR Kuala Lumpur-Singapura, Transit Aliran Autonomi Kuching

KUALA LUMPUR 20 Julai - RHB Investment kekal yakin terhadap sektor pembinaan memandangkan projek kereta api laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dimulakan semula dan Transit Aliran Autonomi (ART) di Kuching berjalan dengan baik.

 

Lima tahun menunggu, 2400 pembeli kediaman Residensi Hektar Gombak rayu PMX campur tangan

KUALA LUMPUR 20 Julai - Seramai 2,400 pembeli kediaman Residensi Hektar Gombak yang tidak siap-siap merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar membantu mereka menyelesaikan kemelut  'projek perumahan sakit' tersebut yang kini sudah berlarutan sejak lima tahun lepas.

Subscribe to