PUTRAJAYA 5 Okt - Kabinet memutuskan Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023 akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada Selasa, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
KUALA LUMPUR 5 Okt - Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) memeterai memorandum kerjasama (MoC) dengan Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) bagi penyediaan pembiayaan teknologi hijau di Malaysia dalam rangka pembangunan negara.
KUALA LUMPUR 5 Okt - Composites Technology Research Malaysia Sdn. Bhd. (CTRM) berjaya mencipta sejarah dalam industri aeroangkasa selepas kemudahan ujiannya disahkan sebagai hab kalibrasi rantau Asia Pasifik untuk produk-produk ujian kepada anak syarikat Airbus,Testia.
PETALING JAYA 5 Okt - Syarikat pengurusan amanah, wasiat, hibah dan harta pusaka, MyAngkasa Amanah Bhd (MAAB) yang juga anak syarikat milik penuh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) mendaftarkan hampir 250,000 kes membabitkan anggaran jumlah nilai aset sebanyak R
KUALA LUMPUR 5 Okt - Sembilan Kelompok Minyak Sawit Mampan (SPOC) di Pahang berjaya menerima Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) membabitkan seramai 11,868 orang pekebun kecil dengan keluasan 36,336.75 hektar.
KUALA LUMPUR 5 Okt - Institute of Chartered Accountants in England and Wales Institut Akauntan Bertauliah di England dan Wales (ICAEW) telah melantik Shenola Gonzales sebagai Ketua ICAEW Malaysia baharu.
KUALA LUMPUR 5 Okt - Kenanga Research menjangkakan hasil bagi hospital swasta bagi pasaran domestik dan antarabangsa meningkat pada akhir tahun didorong kecenderungan masyarakat mendapatkan rawatan selepas berakhirnya tempoh pandemik.