| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Kenaikan cukai perkhidmatan termasuk logistik ancaman besar sektor pembinaan, kata MBAM

KUALA LUMPUR 15 Mac - Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM) berkata, kenaikan cukai perkhidmatan dengan skop yang diperluaskan menimbulkan ancaman besar kepada sektor pembinaan dan pemegang kepentingannya.

 

Kereta baharu satu kemewahan mampu dimiliki bagi kebanyakan rakyat Malaysia - Kenanga Research

KUALA LUMPUR 15 Mac - Kereta baharu masih satu kemewahan yang mampu dimiliki bagi kebanyakan isi rumah Malaysia walaupun dalam keadaan inflasi tinggi dan ekonomi global yang perlahan.

 

Rakuten Trade unjur Cape EMS catat untung bersih RM68.2 juta pada FY24 disokong perniagaan berteraskan teknologi 5G

KUALA LUMPUR 15 Mac - Rakuten Trade mengunjurkan Cape EMS Bhd mencatatkan untung bersih sebanyak RM68.2 juta bagi FY24 disokong perkembangan perniagaan yang berteraskan teknologi 5G.

 

Pulau Pinang catat aliran masuk pelaburan RM71.9 bilion pada 2023, tertinggi di Malaysia

KUALA LUMPUR 15 Mac - Pulau Pinang mencatatkan aliran masuk pelaburan berjumlah RM71.9 bilion pada 2023, tertinggi di Malaysia, menurut Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

 

NCER capai pelaburan RM13.67 bilion di Pulau Pinang pada 2023

KUALA LUMPUR 15 Mac - Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) telah menarik pelaburan bernilai RM13.67 bilion di Pulau Pinang dan mewujudkan lebih 14,000 peluang pekerjaan di negeri itu tahun lalu.

 

Pengeluaran minyak mentah dan kondensat catat peningkatan 0.9% kepada 49.1 juta tong pada suku keempat 2023 - DOSM

KUALA LUMPUR 15 Mac - Pengeluaran minyak mentah dan kondensat meningkat 0.9% manakala gas asli pulih semula kepada 4.7% pada suku keempat 2023, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

 

Petronas Gas bina stesen pemampat gas baharu bernilai RM650 juta

KUALA LUMPUR 15 Mac - Petronas Gas Berhad akan membina stesen pemampat gas di Jeram, Selangor yang bernilai RM650 juta.

 

Permintaan produk plastik pembungkusan Thong Guan diunjur bertambah baik didorong keperluan mendesak pelanggan

KUALA LUMPUR 15 Mac - Permintaan terhadap produk plastik pembungkusan Thong Guan Industries Bhd diunjur bertambah baik didorong keperluan keperluan mendesak pelanggannya untuk meningkatkan stok bekalan sebelum berlaku kenaikan harga resin.

 

Pengiktirafan MSPO daripada EU berpotensi perluas jangkauan pasaran komoditi keluaran tempatan – DARE

KUALA LUMPUR 12 Mac - Pengiktirafan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) daripada Kesatuan Eropah (EU) membuka pintu kepada komoditi keluaran tempatan untuk dipamerkan di pentas antarabangsa yang lebih luas, kata Datametrics Research and Information Centre Sdn Bhd (DARE

Subscribe to