KUALA LUMPUR 27 Jun - Ramssol Group Bhd bersedia untuk mengembangkan kehadirannya di Asia Tenggara melalui cadangan pengambilalihan 51% pegangan ekuiti anak syarikat milik penuhnya terhadap syarikat teknologi Thailand GeekStart Co Ltd pada harga RM6.9 juta.
KUALA LUMPUR 27 Jun - MIDF Research mengesyorkan menerima tawaran penswastaan RM11 sesaham untuk Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), sambil mengekalkan saranan 'beli' ke atas Capital A Bhd, dengan sasaran harga RM1.06.
KUALA LUMPUR 27 Jun - Pemaju hartanah diramal terus menerima manfaat besar daripada ledakan pusat data termasuk menjadi pemilik kemudahan itu dan menjana hasil yang tinggi menerusi penyewaan.
KUALA LUMPUR 27 Jun - Public Investment Bank (PublicInvest) menjangkakan jumlah jualan sarung tangan bertambah baik disokong pemulihan permintaan secara beransur-ansur.
KUALA LUMPUR 27 Jun - Prolintas Infra Business Trust jatuh pada hari Rabu, dan berada di bawah harga tawaran awam permulaan (IPO)nya, selepas mengesahkan penahanan beberapa pengarahnya oleh agensi antirasuah itu.
KUALA LUMPUR 27 Jun - Suruhanjaya Sekuriti (SC) menyaman Datuk Dr Yu Kuan Chon atas penipuan pasaran dan pelanggaran manipulasi membabitkan saham dalam Shangri-La Hotels (M) Bhd.
KUALA LUMPUR 27 Jun - IJM Corp Bhd telah memperoleh kontrak mereka bentuk dan membina pusat data untuk anak syarikat Telekom Malaysia Bhd di Iskandar Puteri, Johor, berharga RM331.7 juta.
KUALA LUMPUR 27 Jun - IHH Healthcare Bhd melantik Tan Sri Dr Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani, 63, sebagai pengerusi bebas bukan eksekutifnya, berkuat kuasa 26 Jun 2024.