| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Advancecon tandatangani perjanjian usaha sama dengan PKNPk bagi bina asrama pekerja berpusat di Perak

KUALA LUMPUR 15 Julai - Advancecon Holdings Bhd memeterai perjanjian usaha sama dan perjanjian pemegang saham bersama dengan Perak Equity Sdn Bhd, sebuah unit Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk), untuk membangunkan asrama pekerja berpusat (CLQs) di negeri tersebut.

Universiti Utara Malaysia meterai MOA dengan MIPFM tubuhkan kursus Asas Pengurusan Strata

KUALA LUMPUR 15 Julai - Universiti Utara Malaysia (UUM) menandatangani memorandum perjanjian (MOA) dengan Institut Pengurus Hartanah dan Kemudahan Malaysia (MIPFM) untuk mewujudkan kursus Asas Pengurusan Strata bagi meningkatkan tahap industri pengurusan hartanah berstrata.

Karnival TEKUN Madani dengan sokongan TikTok Shop Malaysia berjaya tarik 200,000 penyertaan termasuk usahawan

KUALA LUMPUR 15 Julai - TikTok Shop Malaysia dengan kerjasama strategik TEKUN Nasional melancarkan Karnival TEKUN Madani digital bertujuan memperkasakan para usahawan tempatan dan meningkatkan kemahiran mereka selaras dengan inisiatif #JomLokal TikTok Shop.

 

Inflasi diunjur menyerdehana 2.3% tetapi tertakluk kepada risiko meningkat rasionalisasi diesel - AMRO

SINGAPURA 15 Julai – Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO) mengunjurkan inflasi menyederhana kepada 2.3 peratus tahun ini, tetapi tertakluk kepada risiko meningkat daripada rasionalisasi subsidi bahan api.

 

Anak syarikat UUE Holdings raih kontrak pasang kabel bawah tanah bernilai RM26.93 juta

KUALA LUMPUR 15 Julai - Anak syarikat penuh milik UUE Holdings Bhd, Kum Fatt Engineering Sdn Bhd, telah memenangi dua kontrak untuk pemasangan kabel bawah tanah dan aksesori yang keseluruhannya bernilai RM26.93 juta.

 

Hard Rock Cafe tingkat gaya hidup warga Ipoh, sasar kehadiran 70,000 pengunjung tahun ini

IPOH 15 Julai - Kafe hiburan antarabangsa, Hard Rock Cafe (HRC) Ipoh meletakkan kedudukan sebagai cafe pilihan apabila menerima hampir 15,000 pengunjung sejak dibuka Mac lalu.

 

Pendapatan sektor teknologi dijangka terus meningkat pada 2H24, kata RHB Investment

KUALA LUMPUR 15 Julai - Pendapatan sektor teknologi dijangka terus meningkat tahun ke tahun (YoY) dan separuh tahun ke separuh tahun (HoH) pada separuh kedua 2024 (2H24), yang akan memastikan permintaan untuk sektor ini terus kukuh.

 

Datuk (Dr) Nicol Ann David diumum sebagai Pro-Canselor Universiti Heriot-Watt Malaysia

KUALA LUMPUR 15 Julai 2024 — Universiti Heriot-Watt Malaysia mengumumkan pelantikan Datuk (Dr) Nicol Ann David sebagai Pro-Canselor wanita universiti itu yang kedua di Malaysia, peranan yang telah disandangnya bermula 17 Mei 2024.

 

Webull Malaysia umum pelantikan Farah Jaafar sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

KUALA LUMPUR 15 Julai -  Webull Securities Malaysia Sdn Bhd mengumumkan pelantikan Farah Jaafar sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Webull Malaysia baharu. 

 

Subscribe to