Advancecon peroleh kontrak RM38.3 juta daripada Sime Darby Property bagi kerja-kerja tanah di Bandar Bukit Raja
KUALA LUMPUR 30 Julai - Advancecon Holdings Bhd menerusi Advancecon Infra Sdn Bhd memperoleh kontrak bernilai RM38.3 juta daripada Sime Darby Property bagi pembinaan dan penyiapan kerja-kerja tanah serta kerja sampingan bagi Fasa 4B (i17), Peringkat 3 di Bandar Bukit Raja, Klang.







