| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Zulhelmy Ithnain dilantik pangku jawatan Panglima Tentera Laut

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob secara rasmi menyerahkan kepimpinan Tentera Laut Diraja Malaysia kepada Naib Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain, yang merupakan Pemangku Panglima Tentera Laut yang baharu.

 

Pemerolehan Apex Power Industry hasilkan sinergi positif kepada perniagaan EPCC Pekat Group - MIDF Research

KUALA LUMPUR 2 Ogos - MIDF Research meramalkan pemerolehan Apex Power Industry Sdn Bhd akan menghasilkan sinergi yang baik kepada perniagaan Pekat Group Bhd terutama dalam bidang kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) solar fotovoltaik (PV).

 

AmInvestment kekal positif saham CTOS, pelbagai pendekatan pacu pertumbuhan masa depan

KUALA LUMUR 2 Ogos - AmInvestment Bank Research mengekalkan pandangan positif terhadap saham CTOS Digital Holdings Berhad berikutan keputusan Mahkamah Rayuan yang memihak kepada syarikat itu berhubung status perniagaan skor kreditnya.

 

Syarikat permulaan AI tempatan saman TM atas dakwaan melanggar perjanjian usaha sama RM42 juta

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Sebuah syarikat permulaan tempatan menyaman Telekom Malaysia Berhad (TM) kerana mengingkari usaha sama yang dimeterai enam tahun lalu untuk membangunkan kecerdasan buatan dipercepatkan (AAI) bagi industri minyak dan gas negara.

 

Asdion diklasifikasikan GN3, Bursa Malaysia beri 12 bulan kemuka pelan penyusunan semula mulai 1 Ogos

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Syarikat pembangun perisian Asdion Bhd (Asdion)  diklasifikasikan sebagai syarikat Nota Panduan 3 (GN3), menurut Bursa Malaysia.

 

Pengukuhan nilai ringgit beri kesan bercampur-campur ke atas pendapatan korporat, kata AmInvestment

KUALA LUMPUR 2 Ogos - AmInvestment Bank Bhd menjangkakan ringgit yang lebih kukuh akan memberi kesan bercampur-campur ke atas pendapatan korporat.

 

Pada pukul 9.30 pagi, ringgit berada pada paras RM4.55 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

 

Pentamaster diunjur kukuh 2H 2024, permintaan industri peranti perubatan, RE meningkat - RHB Investment

KUALA LUMPUR 2 Ogos - RHB Investment Bank menjangkakan prospek kukuh Pentamaster Corp hd pada separuh kedua 2024 (2H2024) susulan segmen penyelesaian automasi kilang (FAS) terus menunjukkan peningkatan permintaan daripada industri peranti perubatan dan tenaga boleh baharu (RE).

U Mobile jalin kerjasama dengan STT GDC manfaatkan 5G bagi tingkatkan kecekapan pusat data

KUALA LUMPUR 2 Ogos - U Mobile dan ST Telemedia Global Data Centres (STT GDC) memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk memanfaatkan penggunaan 5G dalam meningkatkan kecekapan pusat data di Malaysia.

Penubuhan Quantum diramal jana pendapatan positif kepada Eco World, kata MIDF Research

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Penubuhan Quantum, tonggak pendapatan baharu diramal menjana pendapatan positif kepada Eco World Development Group Bhd bagi jangka sederhana dengan mengambil kira permintaan yang semakin bertambah untuk kemudahan teknologi seperti pusat data di Malaysia. 

Subscribe to