Untung bersih Avaland pada 1QFY25 susut 4.7% kepada RM20.2 juta disebabkan pendapatan lebih rendah
KUALA LUMPUR 30 Mei – Untung bersih Avaland Berhad pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) turun 4.7% kepada RM20.2 juta berbanding RM21.2 juta pada suku sama tahun sebelumnya disebabkan pendapatan lebih rendah daripada projek siap Aetas Damansara dan Alira Subang.






