| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Harga minyak meningkat, untung bersih Q2 Hibiscus Petroleum melonjak kepada RM70.47 juta

KUALA LUMPUR 16 Feb - Hibiscus Petroleum Bhd merekodkan peningkatan untung bersih sebanyak 45.3% pada suku kedua (Q2) berakhir 31 Disember 2022 kepada RM70.47 juta daripada RM48.49 juta bagi tempoh sama pada tahun sebelumnya.

 

AirAsia catat jualan 1.2 juta menerusi Kempen Tempat Duduk Percuma

KUALA LUMPUR 16 Feb - Sebanyak 1.2 juta tempat duduk terjual bagi penerbangan jarak pendek dan panjang dalam masa kurang seminggu pelancaran Kempen Tempat Duduk Percuma AirAsia baru-baru ini.

 

Cagamas terbit Nota Jangka Sederhana Islam bernilai RM120 juta untuk dua tahun

KUALA LUMPUR 16 Feb - Perbadanan gadai janji nasional, Cagamas Berhad (Cagamas) telah memuktamadkan penerbitan Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) bernilai RM120 juta bagi tempoh dua tahun.

 

Tahap simpanan ahli susut 50% punca kerajaan tidak benarkan pengeluaran KWSP 

KUALA LUMPUR 16 Feb - Median simpanan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi semua kaum turun 50% kepada RM8,100 pada 2022 daripada RM16,600 pada tahun sebelum pandemik COVID-19, menurut Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan.

 

Hospital Ar-Ridzuan, NMSB meterai kerjasama kendali pusat dialisis untuk asnaf 

IPOH 16 Feb - Penyediaan rawatan dialisis bagi golongan asnaf di negeri ini dipertingkatkan dengan termeterainya perjanjian usaha sama antara Hospital Ar-Ridzuan dan Nephrocare Management Sdn Bhd (NMSB) di hari ini.

 

Petronas tegaskan tuntutan waris Kesultanan Sulu tidak berasas

KUALA LUMPUR 16 Feb - Petronas menegaskan tuntutan daripada waris Kesultanan Sulu terhadap entiti tersebut tidak berasas dan akan terus mempertahankan kedudukan undang-undangnya.

 

Cape EMS dijangka raih dana RM155.7 juta daripada terbitan IPO

KUALA LUMPUR 16 Feb - Cape EMS Berhad dijangka meraih dana RM155.7 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) menerusi terbitan saham sebanyak 173 juta saham baharu di Pasaran Utama Bursa Malaysia, tidak lama lagi.

 

Kembara Agong di Lebuhraya Pan Borneo dirancang pada September ini sempena Hari Malaysia

KUCHING 16 Feb - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Aminah Azizah Maimunah Iskandariah bakal merentasi Lebuhraya Pan Borneo pada September ini sempena sambutan Hari Malaysia.

 

Perbelanjaan operasi lebih tinggi jejaskan untung bersih Q4 Petronas Gas, susut kepada RM412.55 juta

KUALA LUMPUR 16 Feb - Untung bersih Petronas Gas Bhd. susut 8.86% kepada RM412.55 juta pada suku keempat (Q4) berakhir 31 Disember 2022 daripada RM452.63 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya. 

 

Subscribe to