| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

CGS-CIMB jangka Sarawak Plantation catat penurunan pendapatan sesaham sebanyak 29% bagi FY23

KUALA LUMPUR 22 Feb - CGS-CIMB Research menjangkakan Sarawak Plantation merekodkan penurunan pendapatan sesaham (EPS) sebanyak 29% bagi FY23 selaras dengan unjuran purata minyak sawit mentah (MSM) yang lemah sebanyak RM3,800 bagi setiap tan. 

 

Jualan domestik yang kukuh lonjak 72% keuntungan bersih LSK kepada RM13.03 juta bagi FY22

KUALA LUMPUR 21 Feb - Untung bersih Lee Swee Kiat Group Bhd (LSK) melonjak 132% bagi suku keempat tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (4QFY22) mendorong pendapatan FY22 syarikat meningkat 23.3%  kepada RM129 juta daripada RM104.63 juta.

 

Simpang masuk Genting Highlands dari KL ditutup pada 22 Februari 2023 - ANIH Berhad

KUALA LUMPUR 21 Feb - Laluan simpang masuk ke Genting Highlands dari Kuala Lumpur di KM36.5 akan ditutup esok mulai 11 pagi hingga 4 petang bagi memberi laluan kerja-kerja baik pulih kecemasan Digi di kawasan tersebut.

 

Masalah pembekal, untung bersih Supercomnet susut 23% kepada RM6.1 juta pada suku keempat

KUALA LUMPUR 21 Feb - Untung bersih Supercomnet Technologies Bhd (Scomnet) menyusut 23.11% kepada RM6.09 juta pada suku keempat berakhir pada 31 Disember 2022 berbanding RM7.92 juta bagi tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

 

Untung bersih Samaiden meningkat 14.6% kepada RM2.5 juta pada 2QFY23

KUALA LUMPUR 21 Feb - Untung bersih Samaiden Group Berhad meningkat 14.6% kepada RM2.59 juta pada suku kedua berakhir 31 Disember 2022 (2QFY23) berbanding RM2.26 juta bagi suku sama pada tahun sebelumnya.

 

Fasa 2 MRT laluan Putrajaya kini siap 95%, dijangka beroperasi Mac 2023 - Prasarana

KUALA LUMPUR 21 Feb - Prasarana Malaysia Berhad memaklumkan persiapan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya Fasa Dua sudah melebihi 95% dan sedang melakukan ujian terakhir, pada hujung bulan ini.

 

DRB-Hicom alami kerugian bersih RM100.06 juta pada suku keempat akibat rosot nilai aset

KUALA LUMPUR 21 Feb - DRB-Hicom Bhd. mengalami kerugian bersih sebanyak RM100.06 juta bagi suku keempat (Q4) berakhir 31 Disember 2022 daripada keuntungan bersih RM117.47 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya. 

 

Untung LBS Bina menyusut 28% kepada RM25.6 juta bagi suku keempat 2022

KUALA LUMPUR 21 Feb - Untung bersih LBS Bina Group Berhad menyusut sebanyak 28.86% kepada RM25.6 juta bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2022 (4QFY22) berbanding RM36.05 juta yang dicatatkan bagi tempoh sama tahun lalu.

 

Subscribe to