| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

DagangHalal.com, Tastefully dan TikTok bekerjasama anjur karnival makanan halal di IOI City Mall hujung minggu ini

KUALA LUMPUR 26 Sept - DagangHalal.com bekerjasama dengan Tastefully dan TikTok bagi menganjurkan Karnival Makanan DagangHalal pertama yang berlangsung bermula 29 September hingga 1 Oktober 2023 di IOI City Mall.

 

Izad Sallehuddin dilantik sebagai CEO Principal Islamic baharu

KUALA LUMPUR 26 Sept - Principal Financial Group mengumumkan pelantikan Izad Sallehuddin sebagai ketua pegawai eksekutif dan pengarah eksekutif bukan bebas Principal Islamic Asset Management Sdn Bhd.

 

USA Today senaraikan Bukit Bendera sebagai antara 100 destinasi 'perangkap pelancongan' dunia

KUALA LUMPUR 26 Sept - Akhbar harian Amerika Syarikat (AS), USA Today baru-baru ini menyenaraikan Bukit Bendera, Pulau Pinang sebagai antara 100 destinasi 'perangkap pelancongan' di dunia.

 

Duopharma, Holistics Lab bekerjasama pertingkat kecekapan permohonan sijil halal menerusi MyHalalGig

KUALA LUMPUR 26 Sept - Duopharma Biotech Berhad bekerjasama dengan Holistics Lab Sdn Bhd untuk membantu pemain industri halal mereka bentuk, membangun dan memantau sistem jaminan halal mereka menerusi MyHalalGig.

 

Sime Darby Property tingkatkan taraf hartanah mampan melalui pengiktirafan antarabangsa

KUALA LUMPUR 26 Sept - Sime Darby Property Bhd terus meningkatkan taraf hartanah mampan dengan dua pengiktirafan utama di peringkat antarabangsa.

 

Pindaan Akta Perangkaan dijangka dibentang di Parlimen pada Julai 2024 - DOSM

KUALA LUMPUR 26 Sept - Pindaan Akta Perangkaan 1965 yang disasarkan untuk dibentangkan di Dewan Rakyat pada  Julai 2024, bertujuan memperkasa  landskap statistik negara yang didokong oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 

 

MTCE 2023 promosi ekosistem ‘deep tech’, teroka pelaburan teknologi di Malaysia

KUALA LUMPUR 26 September - Lebih 400 peserta telah menghadiri Persidangan & Pameran Teknologi MTDC Malaysia (MTCE 2023) bagi membincangkan ekosistem ‘deep tech’ di Malaysia dan meneroka pelaburan teknologi baharu yang dapat memberi impak kepada negara.

Malaysia Debt Ventures, Kapital DX meterai perjanjian pelaburan bagi pengumpulan dana syarikat pemula menerusi platform IEO

KUALA LUMPUR 26 Sept - Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV) menandatangani perjanjian pelaburan bersama Kapital DX Sdn. Bhd. sebagai sebahagian daripada usaha pengumpulan dana KLDX.

 

Bagaimanapun, jumlah perjanjian pelaburan itu tidak didedahkan.

 

30 cawangan jenama teh premium Chagee bakal peroleh pensijilan halal menjelang akhir tahun ini

KUALA LUMPUR 26 Sept -  Jenama teh premium, Chagee Malaysia mengumumkan penerimaan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk lima cawangannya, dengan 30 lagi cawangan dijangka mendapat sijil tersebut menjelang 2023. 

 

Subscribe to