KUALA LUMPUR 17 Okt - TA Research menyatakan kekecewaan mereka terhadap kerajaan kerana tidak mengumumkan sebarang mekanisme bagi hab pertukaran tenaga boleh diperbaharui (RE) di dalam Belanjawan 2024.
KUALA LUMPUR 17 Okt - RHB Investment mengekalkan saranan ‘beli’ terhadap IHH Healthcare Bhd dengan harga sasaran RM6.90 sesaham berikutan kemantapan strategi pelaksanaannya dan reputasinya merentasi rantau utama, didorong oleh kesedaran jenama yang kukuh dan pelanggan mewahnya.
KUALA LUMPUR 17 Okt - Projek kediaman bertingkat Sime Darby Property Bhd, TRiARA Residences menerima tempahan sebanyak 216 unit daripada 304 unit bernilai RM225.9 juta ketika pelancaran Fasa 1 projek itu, baru-baru ini.
KUALA LUMPUR 17 Okt - Kenanga Research menjangkakan pertumbuhan pinjaman RHB Bank Berhad berada antara 4% hingga 5% sejajar dengan sasaran industri yang ditetapkan.
KUALA LUMPUR 17 Okt - Tenaga Nasional Berhad dijangka mengemukakan cadangan Tempoh Kawal Selia 4 (RP4) , yang akan berkuat kuasa dari 2025 hingga 2027, pada akhir tahun ini, menurut AmInvestment Bank Research.
KUALA LUMPUR 17 Okt - Minox International Group Bhd yang baharu tersenarai di ACE-Market dibuka pada 31.5 sen — premium 26% kepada harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 25 sen.
KUALA LUMPUR 17 Okt - Public Investment Bank (PublicInvest) kekal positif terhadap strategi pertumbuhan DRB-Hicom Berhad ke arah mencapai sasaran jualan sehingga 500,000 unit kenderaan menjelang 2050 dengan 50% daripadanya adalah kenderaan tenaga baharu (NEV) dan pasaran eksport.
KUALA LUMPUR 17 Okt - MIDF Research kekal positif terhadap prospek sektor pengguna dengan menumpukan menumpukan perhatian kepada keperluan asas pengguna berbanding barangan kehendak.