KUALA LUMPUR 21 Nov - Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (KPS) telah memperoleh kontrak bernilai RM162 juta untuk membekalkan pelbagai bahan kimia rawatan air kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).
KUALA LUMPUR 21 Nov - Hong Leong Bank (HLB) dan Hong Leong Islamic Bank (HLISB) menawarkan penangguhan pembayaran sehingga enam bulan untuk semua pelanggan yang terjejas dengan bencana banjir.
KUALA LUMPUR 21 Nov - Untung bersih Kinergy Advancement Berhad (KAB) melonjak 19 kali ganda kepada RM20.23 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September 2023 (3QFY23) berbanding RM1.07 juta pada tahun lalu.
KUALA LUMPUR 21 Nov - Kerjaya Prospek Group Bhd mencatat keuntungan bersih RM35.6 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2023 (3QFY23), meningkat 23% daripada RM28.8 juta dalam tempoh sama tahun lalu.
KUALA LUMPUR 21 Nov - Agrocloud Sdn Bhd menjalin kerjasama dengan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan KDDI Malaysia untuk menyahkarbonkan penanaman padi Malaysia.
KUALA LUMPUR 21 Nov - AmInvestment Bank Research mengunjurkan pendapatan Lagenda Properties Berhad bagi suku akan datang lebih rendah daripada jangkaan berdasarkan kepada pelancaran projek baharu yang lebih perlahan pada sembilan bulan pertama tahun kewangan 2023 (9MFY23).
KUALA LUMPUR 21 Nov - Batik Air mengumumkan pelancaran penerbangan A330 dari Kuala Lumpur ke Melbourne, pada 20 Disember 2023 sebanyak empat kali seminggu.
KUALA LUMPUR 21 Nov - Jualan singkat intra hari (IDSS) Pertama Digital Bhd telah digantung sepanjang hari ini, selepas harga saham terakhirnya jatuh lebih 15% atau lima sen daripada harga rujukannya.