KUALA LUMPUR 16 Jan - Bursa Malaysia Bhd melancarkan tiga inovasi terbaharu termasuk Bursa Gold Dinar, kelas aset pelaburan baharu yang ditawarkan buat pertama kali.
PASIR GUDANG 16 Jan - Lanjutan kedua cuti sementara Ketua Pegawai Kewangan (CFO), Dr. Mazatul 'Aini Shahar Abdul Malek Shahar tidak akan memberi kesan operasi MSM Malaysia Holdings Berhad.
KUALA LUMPUR 16 Jan - Sejumlah RM448 juta dana asing telah masuk ke Bursa Malaysia untuk 15 hari pertama tahun ini yang mendorong FBM KLCI didagang melebihi paras 1,500 pada 15 Januari.
KUALA LUMPUR 16 Jan - Standard Chartered mengunjurkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia meningkat kepada 4.8 peratus pada 2024, berbanding 4.3 peratus tahun lalu.
KUALA LUMPUR 16 Jan - BDB Land Sdn Bhd, anak syarikat Bina Darulaman Bhd (BDB) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Enfiniti Escapes (M) Sdn Bhd bagi bekerjasama membangunkan sektor ekopelancongan di Langkawi.
KUALA LUMPUR 16 Jan - Peguam Negara (AG) harus komited dengan ketelusan penuh, khususnya dalam kes pendakwaan jenayah berprofil tinggi di mana pertuduhan dihentikan, kata Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4 Centre).
KUALA LUMPUR 16 Jan - Pengeluar kenderaan komersial, MAN Truck & Bus mencapai pertumbuhan jualan dengan mencatatkan peningkatan sebanyak 37% kepada 116,000 unit kenderaan pada tahun kewangan 2023 (FY23), berbanding tahun sebelumnya.
KUALA LUMPUR 16 Jan - Maxis Berhad akan memperkukuh usaha rasionalisasi kosnya dengan pelaburan gentian yang berterusan sebagai sebahagian daripada program rasionalisasi kos tiga tahunnya, menurut RHB Investment.
KUALA LUMPUR 16 Jan - Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berjaya meraih komitmen pelaburan RM2.835 bilion hasil daripada misi perdagangan dan pelaburan ke Itali berakhir hari ini.