| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Anak syarikat Theta Edge peroleh kontrak RM673.8 juta bangunkan IoT untuk perniagaan pintar oleh MPAJ

KUALA LUMPUR 10 Julai - Anak syarikat milik penuh Theta Edge Bhd, Theta Telecoms Sdn Bhd memperoleh kontrak RM673.8 juta bagi membangunkan, menyediakan dan menyelenggara teknologi Internet Benda (IoT) untuk inisiatif perniagaan pintar di Ampang Jaya.

 

SPRM mulakan siasatan ke atas isu HRD Corp susulan Laporan Ketua Audit Negara

PUTRAJAYA 9 Julai - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan penyiasatan berhubung isu Human Resource Development Corporation (HRD Corp) dengan mengambil dokumen-dokumen berkaitan Laporan Ketua Audit Negara dari Kementerian Sumber Manusia dan HRD Corp hari in

Anak syarikat Maxim Global beli tanah RM95 juta di Subang Jaya

KUALA LUMPUR 9 Julai - Maxim Icon Sdn Bhd (MISB) membeli tanah pegangan bebas seluas 2.352 hektar (5.81 ekar) yang terletak di Subang Jaya, Selangor pada harga RM95 juta.

 

Bakal disenarai di Pasaran ACE, Vetece tandatangani perjanjian taja jamin IPO dengan Kenanga

KUALA LUMPUR 9 Julai – Penyedia penyelesaian teknologi maklumat perusahaan, Vetece Holdings Berhad menandatangani perjanjian taja jamin dengan Kenanga Investment Bank Berhad sempena tawaran awam permulaan (IPO) yang akan datang di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad.

CelcomDigi lancar Pusat Pengalaman Kecerdasan Buatan bernilai RM55 juta di Taman Teknologi Tinggi Subang Jaya

KUALA LUMPUR 9 Julai - CelcomDigi Bhd hari ini melancarkan Pusat Pengalaman Kecerdasan Buatan (AiX) bernilai RM55 juta di Taman Teknologi Tinggi Subang Jaya.

 

Lesen pengendali insurans digital kini dibuka, tidak lagi terhad kepada lima - Bank Negara

KUALA LUMPUR 9 Julai - Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan lesen kepada mana-mana penanggung insurans digital dan pengendali takaful yang memenuhi syarat keperluan yang ditetapkan dan bukannya mengehadkan bilangan lesen kepada hanya lima.

 

CTOS berhak terbit skor kredit, Mahkamah Rayuan ketepikan saman pengusaha resort

KUALA LUMPUR 9 Julai - Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan CTOS Data System Sdn Bhd (CDS) bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang memutuskan syarikat itu tidak mempunyai kuasa perundangan untuk merumuskan skor kredit seseorang untuk pelanggannya. 

Subscribe to