KUALA LUMPUR 20 Ogos - South Malaysia Industries Bhd (SMI) menerima tawaran pengambilalihan bernilai lebih RM47 juta daripada sekumpulan pemegang saham utama.
KUALA LUMPUR 20 Ogos - Kenanga Research mengunjurkan kontrak baharu bernilai RM32.5 juta bagi rumusan tenaga simpanan pusat data akan menyumbang 3% kepada keuntungan OCK Group Bhd bagi FY24 dan FY25.
KUALA LUMPUR 20 Ogos - Sektor hartanah diramal menghasilkan pendapatan yang lebih berdaya tahan pada separuh kedua tahun ini disokong peningkatan dalam jualan hartanah baharu serta jualan belum dibilkan yang kukuh.
KUALA LUMPUR 20 Ogos - Solarvest Holdings Bhd melalui anak syarikatnya, Solarvest Energy Sdn. Bhd. membentuk usaha sama (JV) dengan subsidiari Agmo Holdings Bhd bagi bekerjasama membangunkan aplikasi digital yang bakal memacu kemajuan sektor tenaga bersih.
KUALA LUMPUR 20 Ogos - Pemaju hartanah, Mah Sing Group Bhd menyeru agar Kempen Pemilikan Rumah (HOC) diperkenalkan semula kerajaan untuk membantu rakyat memiliki kediaman sendiri dan pada masa sama merangsang aktiviti sektor hartanah di Malaysia.
KUALA LUMPUR 20 Ogos - Untung bersih Kinergy Advancement Bhd bagi separuh pertama berakhir 30 Jun 2024 (1HFY24) meningkat 77.8% kepada RM10.5 juta berbanding RM5.9 juta pada tahun lalu dipacu peningkatan hasil sebanyak empat kali ganda dalam segmen rumusan tenaga lestari (SES). <
IPOH20Ogos - Hotel WEIL merintis konsep ruang kerja bersama di bandar raya Ipoh apabila menawarkan kemudahan itu dalam suasana persekitaran di hotel tersebut.
KUALA LUMPUR 20 Ogos - Kolej UNITI Port Dickson memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Majlis Ulama Indonesia (MUI) dalam bidang penyelidikan, pembangunan bakat dan latihan industri halal yang berlangsung di Gedung Halal Global, Jawa Barat hari ini.
KUALA LUMPUR 20 Ogos - JLand Group Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Johor Corp(JCorp) bekerjasama dengan Zaha Hadid Architects yang berpangkalan di United Kingdom (UK) bagi melaksanakan pembangunan bercampur seluas 236 hektar dinamakan presint Discovery City dalam perbandaran I