Pelabur disaran terima tawaran saham RM11 MAHB, naik 18% daripada harga sebenar pada RM9.32 - MIDF
KUALA LUMPUR 7 Jan - MIDF Research menasihatkan pelabur menerima penawaran RM11 sesaham dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) ditawarkan oleh Gateway Development Alliance (GDA), konsortium yang bercadang menswastakan syarikat pengendali lapangan terbang tersebut.









