| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Yinson catat lonjakan 66% untung bersih setelah cukai operasi di Belanda diselaraskan

KUALA LUMPUR 30 Mei — Yinson Holdings Berhad melaporkan peningkatan keuntungan bersih sebanyak 66 peratus bagi tahun kewangan 2025 kepada RM1.2 bilion setelah menyelaraskan percukaian operasi luar pesisirnya di Belanda.

AirAsia tersenarai dalam 24 jenama penerbangan global teratas dunia, bernilai RM8.19 bilion - Brand Finance 

KUALA LUMPUR 30 Mei – AirAsia disenaraikan sebagai jenama syarikat penerbangan ke-24 paling bernilai di dunia dan ketujuh di Malaysia, menurut laporan Brand Finance Malaysia 100 tahun 2025.

 

Reach Ten umum dividen pertama, catat untung RM7.12 juta pada 1QFY25

KUALA LUMPUR 30 Mei - Reach Ten Holdings Bhd mengumumkan dividen interim pertama sebanyak satu sen sesaham selepas disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 2 Mei 2025. 

 

Bintulu Port catat penurunan untung bersih sebanyak 36% berikutan kurang aktiviti pelabuhan

KUALA LUMPUR 30 Mei — Bintulu Port Holdings Berhad mencatatkan kemerosotan keuntungan bersih lebih 36 peratus pada suku pertama, berikutan kekurangan aktiviti pelabuhan dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih tinggi.

Untung bersih Bank Islam merosot 3.4% kepada RM126.27 juta pada 1QFY25

KUALA LUMPUR 30 Mei - Keuntungan bersih Bank Islam Malaysia Berhad pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) merosot 3.4% kepada RM126.27 juta berbanding RM130.73 juta pada suku sama tahun sebelumnya. 

 

Kos bahan mentah tinggi, AmInvest ramal jualan Oriental Kopi susut

KUALA LUMPUR 30 Mei — Potensi jualan Oriental Kopi Holdings Berhad diunjur dalam situasi penyusutan disebabkan oleh faktor peningkatan kos bahan mentah ditanggung kumpulan tersebut, kata AmInvestment Bank Research (AmInvest).

 

Keuntungan Gabungan AQRS diyakini meningkat disokong projek infrastruktur, hartanah - RHB Research

KUALA LUMPUR 30 Mei - Keuntungan Gabungan AQRS Bhd dijangka meningkat pada masa depan, disokong oleh pelaksanaan projek infrastruktur dan hartanah penting, selepas mencatat keputusan yang lemah dalam sembilan bulan hingga 31 Mac 2025.

 

JAG catat rugi bersih RM6.4 juta pada 1QFY25 berikutan penyusutan tempahan antarabangsa

KUALA LUMPUR 30 Mei – JAG Berhad mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM6.4 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding RM3 juta pada suku sama tahun lalu, dipengaruhi oleh penyusutan tempahan di peringkat antarabangsa susulan ketidaktentuan dasar tarif Amerik

Subscribe to