Skip to main content

Maxim Global lancar projek Residensi Maxim Risen dengan GDV RM562 juta

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 4 Julai - Maxim Global Berhad mengumumkan pelancaran projek pembangunan hartanah baharu, Residensi Maxim Risen di Taman Desa Aman, Cheras dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM562 juta.

 

Maxim Risen terletak 20 minit daripada pusat bandar Kuala Lumpur dan digubungkan dengan pelbagai jalan utama selain ia berhampiran Taman Desa Aman iaitu kawasan perbandaran yang sudah sekian lama wujud.

 

Projek berkenaan dikelilingi dengan pelbagai kemudahan seperti pusat penjagaan kesihatan dan sekolah beprestij selain berhampiran dengan pusat beli-belah EkoCheras, Cheras Leisure Mall dan Stesen MRT Taman Mutiara.

 

"Dalam semua projek yang dibangunkan, kami mencari keseimbangan gaya hidup buat penduduk, sama seperti Maxim Risen, kami menyediakan kemudahan serba lengkap seperti kawasan rekreasi, kolam renang, gimnasium, dewan, taman permainan dan pelbagai kemudahan lain," katanya dalam satu pemakluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

Maxim Risen terletak di atas tanah pajakan seluas 2.60 ekar yang terdiri daripada Menara A (54 tingkat) dan Menara B (47 tingkat) dengan jumlah keseluruhan 1,236 unit.

 

Terdapat tiga jenis unit rumah iaitu Type A (523 kaki persegi); Type B (660 kaki persegi) dan Type C (819 kaki persegi) dengan tawaran antara dua hingga tiga bilik tidur bermula pada harga RM321,000 hingga RM513,000.

 

Maxim Risen direka secara unik dan sesuai untuk keluarga, pasangan dan juga individu bujang yang ingin memiliki ruang kediaman sendiri atau mencari keselesaan.

 

Maxim telah menambah simpanan tanahnya di pelbagai lokasi strategik dalam Lembah Klang pada tahun kewangan sebelumnya, dengan satu tanah belum siap pemerolehan di Prima Setapak diperuntukan untuk pembangunan akan datang seterusnya dilancarkan. - DagangNews.com