Membangun elemen kemanusiaan melalui Malaysia MADANI dengan pemasaran berpaksikan manusia | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Infiniti - 30 June 2023

Membangun elemen kemanusiaan melalui Malaysia MADANI dengan pemasaran berpaksikan manusia

 

 

PEMASARAN berpaksikan manusia bukanlah perkara baru dalam dunia pemasaran. Strategi pemasaran ini akan menjadi lebih berkesan untuk disasarkan untuk satu kempen melibatkan anjakan pemikiran seperti kempen Malaysia MADANI.

 

Dengan penggunaan strategi pemasaran yang mengetengahkan elemen kemanusiaan ini, maka institusi yang ingin menyasarkan golongan khusus untuk kempen ini menjadi lebih bersedia berinteraksi dengan strategi penjenamaan yang mempunyai tujuan dan mesej yang melangkawi sekadar menawarkan produk atau perkhidmatan tetapi anjakan pemikiran.

 

Dalam buku Marketing 4.0: Bergerak dari Tradisional keo Digital, pakar pemasaran Hermawan Kartajaya menegaskan pemasaran yang berpaksikan kemanusiaan memberikan tumpuan pada jenama yang mengenengahkan sisi kemanusiaan yang akan mempunyai hubungan yang sangat baik dengan khalayak sasaran institusi dan di sini ialah kerajaan Perdana Menteri ke-10. Ini juga disokong oleh teknologi yang semakin inovatif dan canggih.


 

parafrasa

 

Dalam era digital, sesebuah strategi penjenamaan boleh mengurus perhubungan kehidupan sebenar dengan kumpulan sasaran dengan melayan mereka melalui sentuhan manusia.

 

Dengan ini strategi penjenamaan dikehendaki lebih telus dalam menghantar mesej dan nilai yang lebih tulen.

 

Oleh itu, boleh kita rumuskan bahawa strategi penjenamaan berpaksikan aktiviti sebenar masyarakat amat berkesan dalam kempen penjenamaan Malaysia MADANI yang menyasarkan untuk pembanggunan elemen kemanusiaan.

 

Apakah yang dimaksudkan dengan pemasaran berpusatkan manusia?

Ahli dalam bidang pemasaran bersetuju bahawa, pemasaran yang berpaksikan manusia ialah trend yang bertujuan untuk berhubung dengan pengguna atau kumpulan sasran, bukan sahaja sebagai pembeli produk atau perpkhidmatan tetapi juga penerimaan idea.

 

Pada asasnya, strategi ini dilihat bertujuan untuk mencipta sesuatu yang lebih jujur ​​dengan hubungan yang lebih peribadi antara kumpulan sasaran dan penjenama.

 

Terdapat empat kunci kejayaan dalam membina strategi pemasaran berpaksikan manusia ini yang amat sesuai dengan kempen Malaysia MADANI.


 

parafrasa

 


Perkara penting itu terdiri dari empati, kebaikan, belas kasihan dan keadilan. Prinsip ini adalah asas bagaimana jenama boleh memahami setiap sisi pelanggan dan selari dengan kempen Malaysia MADANI.

 

Suatu jenama yang berpaksikan kemanusiaan mesti dapat menyampaikan apa yang kumpulan sasar ingin dengar dan memahami pelbagai kebimbangan dan keluhan yang dialami oleh kumpulan tersebut.

 

Kelebihan pemasaran berpusatkan manusia

Berikut ialah beberapa kelebihan yang boleh diperolehi oleh sesuatu strategi penjenamaan dalam membina pemasaran berpaksikan manusia:

 

  • Meningkatkan imej ketelusan sesuatu jenama.

 

  • Meningkatkan kepuasan pengguna dan kesetiaan pengguna.

 

  • Peluang satu penjenamaan baru lebih berkesan dengan mendengar kehendak pengguna dan peminat .

 

  • Memastikan hubungan yang kukuh terbina dengan kumpulan sasaran.

 

  • Menyumbang secara positif kepada keberkesanan satu strategi  penjenamaan.

 

 

parafrasa

 


Enam ciri utama dalam membina pemasaran berpusatkan manusia:

1. Fizikal

Daya tarikan secara fizikal yang mempunyai pengaruh yang kuat dan menjadikan strategi penjenamaan itu unik. Tarikan fizikal ini secara amnya merupakan identiti jenama dengan logo yang direka dengan baik dan slogan yang direka dengan baik. Tarikan fizikal juga boleh datang daripada reka bentuk produk dan reka bentuk pengalaman pelanggan. Contohnya ialah logo Google dan Apple.
 

2. Intelektual

Intelek ialah keupayaan manusia untuk menghayati wawasan, berfikir, dan menjana idea. Intelektual ini berkaitan dengan keupayaan untuk berfikir di luar dan menjadi inovatif. Jenama yang mempunyai keintelektualan tinggi adalah jenama yang inovatif dan mampu menjadi penyelesaian kepada masalah pengguna.
 

3. Pergaulan

Pergaulan di antara golongan sasar yang kuat didorong oleh keyakinan diri untuk dapat membina interaksi yang menarik, menunjukkan kemahiran komunikasi lisan dan bukan lisan yang baik. Pemilik strategi penjenamaan itu sendiri mempunyai sifat kemasyarakatan dan berani untuk membina perbualan dengan kumpulan sasar mereka.
 

4. Emosi

Strategi penjenamaan yang boleh berhubung dengan kumpulan sasar secara emosi dan mampu memberi impak yang begitu besar. Hubungan emosi ini boleh dilakukan mesej inspirasi dan anjakan pemikiran.
 

5. Keperibadian

Sahsiah yang teguh didorong oleh kesedaran diri supaya dapat menunjukkan keyakinan diri dan motivasi diri untuk dapat meningkatkan kualiti diri melalui strategi penjenamaan Malaysia MADANI. Pembinaan penjenamaan dengan keperibadian tidak takut untuk menunjukkan kekurangan dan bertanggungjawab untuk semua tindakan yang diambil.
 

6. Akhlak

Pemasaran berpaksikan manusia mengemukakan aspek moral mengenai cara jenama berperikemanusiaan adalah beretika dan mempunyai integriti. Moral ini menjadi watak positif tentang keupayaan penjenamaan Malaysia MADANI itu berjaya atau gagal. – DagangNews.com


 

Afizan Amer adalah Pensyarah Kanan Pemasaran Digital, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Kampus Rembau , Universiti Teknologi Mara N.Sembilan.

 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL INFINITI

Portfolio Tags