Hargai warisan pakaian tradisional, bukan perlekeh | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
DEWI - 4 June 2021

Hargai warisan pakaian tradisional, bukan perlekeh
 

 

KEPELBAGAIAN agama dan budaya di Malaysia amat memerlukan kewujudan perpaduan dalam erti kata sebenar, perlu jujur dan dijaga sehingga akhir hayat. Seperti yang diketahui,  Malaysia terdiri daripada lebih 80 kaum etnik.

 

Sebagai contoh Sabah mempunyai 33 kaum etnik atau kumpulan pribumi dengan etnik terbesar ialah Kadazandusun, Bajau dan Murut. Di Sarawak pula terdapat 28 kaum etnik, dengan etnik terbesar kaum Dayak merangkumi Iban, Bidayuh dan beberapa lagi.  Dengan pelbagai kaum etnik pastinya mempunyai bahasa dan dialek etnik pelbagai jenis.

 

Apabila mempunyai pelbagai kaum etnik pelbagai jenis pakaian tradisional telah wujud dan rekaan menghasilkan pelbagai corak dan warna, ianya telah wujud berzaman dulu.

 

Kewujudan fesyen atau kepelbagaian corak fesyen terkini pastinya berdasarkan contoh-contoh rekaan fesyen kumpulan pribumi atau kumpulan bukan pribumi zaman dulu.

 

Sebagai contoh pasti ada rekaan baju terkini berpandukan corak dan fesyen baju-baju kaum etnik. Mungkinkah akan wujud dalam kalangan pereka fesyen tidak menyatakan bahawa rekaan baju mereka itu telah pun berpandukan fesyen baju-baju kaum etnik dulu.

 

Adakah masalah akan timbul apabila pereka fesyen tidak menyatakan bahawa rekaan baju mereka itu telah pun berpandukan rekaan fesyen baju-baju kaum etnik dulu? 

 

Dapat dinyatakan masalah bakal timbul berdasarkan persoalan tersebut seperti:

  1. Pemakai rekaan fesyen terkini tidak faham atau tidak tahu bahawa rekaan fesyen tersebut berasal daripada fesyen baju-baju kaum etnik dulu.
  2. Apabila tidak faham maka perasaan bangga dan bertanggungjawab dengan fesyen baju-baju kaum etnik itu tidak wujud.
  3. Rekaan fesyen baju kaum etnik bakal terkubur, tidak dikenali lagi.
  4. Rekaan fesyen baju kaum etnik ditertawakan apabila melihat bentuk dan corak baju tersebut, kerana tidak faham maksud setiap bentuk dan corak yang telah direka oleh kaum etnik dulu.
  5. Hanya rekaan fesyen terkini dibanggakan tanpa mengetahui rekaan fesyen terkini itu mungkin sudah meniru rekaan fesyen baju-baju kaum etnik dulu.

 

Penyataan masalah ini dapat menghuraikan beberapa persoalan yang sedang berlegar dalam kalangan individu terkini.

 

 

dewi
Anchor TVS, Priscilla John memperagakan pakaian tradisional wanita Iban bersempena sambutan Hari Gawai baru ini.

 

 

Adakah individu di Malaysia faham jenis rekaan fesyen baju-baju kaum etnik di Malaysia?

 

Persolan ini dapat menghuraikan masih ada lagi individu yang tidak faham jenis rekaan fesyen baju-baju kaum etnik maka ini bakal mewujudkan beberapa persoalan penting, contoh soalan  iaitu:

  1. Adakah informasi mengenai jenis rekaan fesyen baju-baju kaum etnik jelas dan lengkap telah disebarkan kepada masyarakat di Malaysia?
  2. Adakah masih ada individu tidak mahu mengambil tahu  bagaimanakah bentuk fesyen baju-baju kaum etnik tersebut?
  3. Adakah setiap individu faham maksud corak dan warna baju-baju kaum etnik di Malaysia?
  4. Adakah setiap individu faham akan budaya setiap kaum etnik di Malaysia?

     

Apabila persoalan tersebut tidak dapat dijawab dengan tepat maka bakal dinyatakan generasi akan datang bakal mengalami permasalahan dalam menyesuaikan diri kepada budaya kaum etnik di Malaysia.

 

Tidak dapat menyesuaikan diri ini mempunyai kaitan dengan perasaan tidak bertanggungjawab dan mungkin bakal mempersendakan nilai kebudayaan setempat.

 

Bagaimana menjadikan individu bertanggungjawab terhadap sensitiviti budaya kehidupan kaum etnik

A) Ukur nilai etika di dalam diri sendiri

  1. Harus Faham apakah maksud beretika, beradab dan bertanggungjawab
  2. Ukur sendiri tahap akhlaq yang ada dalam amalan diri sendiri
  3. Pastikan ada nilai komitmen diri terhadapi perkembangan nilai etika di dalam diri sendiri
  4. Saling hormat-menghormati terutama kepada kepelbagaian budaya
  5. Belajar dan faham budaya kaum etnik dengan mengumpul informasi dan sentiasa bertanya sekiranya tidak faham.
  6. Jangan mempersendakan nilai budaya dan amalan sesuatu kaum
  7. Jaga perhubungan sesama masyarakat yang pelbagai bangsa.
  8. Sentiasa mempunyai gambaran nilai moral yang terbaik untuk masyarakat pelbagai bangsa.
  9. Mempunyai nilai kasih sayang, dimana nilai ini dapat melahirkan tingkah jujur dan hormat sesama kita
  10. Ada perasaan takut kehilangan pelbagai budaya yang ada di Malaysia
  11. Sampaikan informasi yang tepat mengenai kewujudan budaya dan bangsa.

 

Sebanyak 11 nilai pembangunan ini perlu ada di dalam diri sendiri, manakala kepentingan nilai penyampaian pendidikan asas kepada kewujudan pelbagai jenis budaya, informasi mengenai nilai budaya, tanam perasaan kasih sayang dan patuh menjaga pelbagai jenis budaya yang wujud sejak dulu ini harus dijaga.

 

Langkah ini perlu dicari dan disediakan oleh pihak bertanggungjawab bagi menjadikan nilai budaya setiap kaum itu dikenali dan difahami dengan terperinci. Keberangkalian nilai budaya yang tidak dihormati wujud sekiranya tidak ada usaha sama untuk menjadikan nilai kebudayaan pelbagai itu dihormati dengan patuh.

 

Statistik tepat bagi memastikan setiap individu itu perlu faham dan sudah faham apakah unsur penting nilai budaya kaum etnik dan apakah peraturan yang diamalkan oleh setiap kaum etnik tersebut.

 

B. Setelah faham budaya masyarakat, ianya bakal melahirkan perasaan dan keadaan terbaik seperti;

  1. Nilai perhubungan dan nilai tanggungjawab baik wujud sesama masyarakat
  2. Sesama masyarakat bakal wujud nilai kesetiaan dan keyakinan hidup bersama
  3. Nilai reputasi dan nilai imej atau gambaran terbaik bagi perkembangan nilai kebudayaan sesama kaum
  4. Tidak ada wujud masalah perundangan dan hukuman atas apa jenis permasalahan yang berkaitan dengan nilai budaya
  5. Nilai berkasih sayang dengan menjaga budaya sesama kaum
  6. Hormat menghormati dan berkerjasama
  7. Bina nilai percaya dengan jujur atas tanggungjawab bersama menjaga budaya masing-masing
  8. Tidak akan wujud nilai ‘menjual martabat’ budaya sendiri. Menjaga dengan ikhlas perkembangan nilai budaya sendiri
  9. Menyumbangkan nilai ekonomi, sosial dan perkembangan semasa dengan menjaga nilai budaya setiap kaum
  10. Nilai moral berkembang dengan terbaik sebagai contoh: Amanah, harga diri, berhemah tinggi, rasional dengan sebarang tindakan dan keputusan.

 

Perayaan Pesta Kaamatan dan Perayaan Hari Gawai disambut dengan meriah dan penuh tradisi kepercayaan dan keagamaan oleh kaum etnik di Sabah dan Sarawak ini sebagai bukti wujudnya lagi nilai budaya iaitu harta termahal yang mesti dipelihara dengan terbaik.

 

 

TVS

 

Pelbagai jenis pakaian tradisional di antara kaum dan persembahan dipertontonkan bagi memberi informasi luas mengenai amalan dan nilai budaya kaum etnik di Sabah dan Sarawak.

 

Penerangan dan informasi dipertontonkan. Maka terserah kepada diri kita sendiri untuk memahami budaya pelbagai kaum ini, apabila sudah faham pastinya wujud nilai hormat menghormati.

 

Maka paling utama dalam mencetuskan nilai hormat, jujur dan amanah di dalam diri sendiri adalah dengan mendapatkan informasi tepat, belajar dan fahami kepelbagaian budaya dan fahami apakah kesan kritikal sekiranya tidak menghormati budaya orang lain.

 

Kita bertuah pelbagai budaya,
Tanggungjawab bersama kasih dijaga dengan ramah,
Indah terpelihara sehingga bila-bila,
Maka jagalah dengan jujur dan Amanah.

 

Dada kecewa gagal bertahan,
Hati patah hancur berkecai,
Jangan Ketawakan  rekaan tradisi kepercayaan,
Kerana maaf bukan penyembuh damai.

 

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan,
Gayu guru gerai Nyamai,
Indah sungguh bersama sambutan,
Gembira jaga budaya damai.

 

 

Dr Dewi Tajuddin adalah Pensyarah Kanan Pengurusan, (Pengkhususan Pengurusan Bakat, Pembangunan Sumber Manusia, Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan Strategik), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan di UiTM Sabah. - DagangNews.com

 

 

KOLEKSI DEWI DI DAGANGNEWS.COM

  1. Kaedah komunikasi untuk individu yang degil patuhi SOP COVID-19
     
  2. COVID-19: Kita sudah terbiasa dengan angka besar? Tapi apa kita buat?
     
  3. Ingkar SOP petunjuk jelas isu ego individu di zaman COVID-19
     
  4. Sesi motivasi diperlukan bagi pekerja yang berubah sikap akibat COVID-19
     
  5. Dunia online menghakis kehebatan nilai bakat individu
     
  6. Formula huraikan isu individu dalam mematuhi SOP COVID-19
     
  7. Menilai pemimpin beradat, beradab dan mulia hati
     
  8. Tidak perlu berstatus bergaji untuk miliki prestasi kerja
     
  9. Budaya organisasi perlukan kejujuran pengurusan dengan kakitangan
     
  10. Pentingnya anda memiliki garis panduan menilai prestasi diri sendiri
     
  11. Lagu sebagai instrumen komunikasi maka jangan sumbang
     
  12. Kaedah menangani impak COVID-19 bagi memberi motivasi bekerja
     
  13. Adakah tindakan dan amalan anda telah memahami nilai etika?
     
  14. FAHAMI  RUKUN NEGARA MALAYSIA
  15. Apa yang penting? KERJASAMA !

  16. AMALAN CUT AND PASTE SUBURKAN SIKAP PEMALAS

  17. Cara berfikir, bertindak mengikut pengalaman hidup
  18. Bina `kepakaran' hadapi risiko hidup zaman COVID-19

  19. TAK FAHAM ANGKA KES POSITIF COVID-19 MAKIN NAIK
     
  20. Golongan belia hamba kepada hutang
     
  21. Boleh kerja sampingan, tetapi tidak boleh sampai tiga kerja serentak
     
  22. Pertahankan amalan berbudi bahasa
     
  23. Betulkah pemimpin itu memang dilahirkan untuk memimpin, atau boleh diasah?
     
  24. Usahawan wanita perlu peka etika berniaga
     
  25. BAGAIMANAKAH PRESTASI ANDA BEKERJA DARI RUMAH SEMASA COVID-19 INI?
     
  26. Kaum hawa semakin tidak beradab?
     
  27. ADAKAH SAYA FAHAM KEBERKESANAN BAKAT SAYA  DALAM KEHIDUPAN?
     
  28. Hayati potensi bakat anda : Dari individu kepada institusi
     
  29. The benefits of knowing your own talent
     
  30. Understanding `talent' in achieving goals of an organisation
     
  31. Bakat Kanak-Kanak si penghidu gam kasut

 

 

 

 

Portfolio Tags