KUALA LUMPUR 24 Feb - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2023 hari ini, yang dirumuskannya sebagai Belanjawan Madani di Dewan Rakyat.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, belanjawan itu adalah cerminan kepada prinsip kebertanggungjawaban dan sistem nilai yang luhur yang mampu mendepani tentangan semasa.
Malah, katanya, ia termasuk tentangan ekonomi global yang sarat dengan ketidaktentuan.
Bahkan, Anwar turut menyifatkan Belanjawan 2023 adalah langkah pertama yang menelusuri kerangka pembangunan Malaysia Madani
Pembentangan itu, katanya, merangkumi penumpuan kepada 12 ikhtiar utama berlandaskan tiga tekad.
Tekad berkenaan ialah pemacuan ekonomi yang terangkum dan mampan, reformasi institusi, dan tatakelola bagi memulihkan keyakinan serta keadilan sosial untuk menyederhana kesenjangan. - DagangNews.com








