WR-V serba baharu model kedua terlaris Honda pada Julai 2023 | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

WR-V serba baharu model kedua terlaris Honda pada Julai 2023

Nurain Mohamad menjadi pemilik pertama Honda WR-V serba baharu pada majlis penyerahan SUV kecil itu di Accord Auto Sdn Bhd, baru-baru ini.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Honda Malaysia mengumumkan kejayaan penghantaran sebanyak 2,200 unit WR-V serba baharu dalam tempoh sebulan sejak dilancarkan pada Julai 2023. 

 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata, pihaknya menzahirkan penghargaan kepada pelanggan atas kepercayaan mereka terhadap jenama Honda dan sokongan untuk WR-V serba baharu, yang merupakan model serba baharu dalam segmen SUV kecil bukan kebangsaan.

 

Katanya, sejak dilancarkan, model ini telah diterima baik di pasaran dan mencapai prestasi jualan yang luar biasa. 

 

"Varian RS adalah penyumbang terbesar, 60% daripada jumlah jualan setakat ini. Kami juga berbesar hati untuk berkongsi bahawa WR-V serba baharu ialah model kedua terlaris dalam barisan Honda kami untuk Julai 2023," katanya dalam kenyataan media di sini.

 

Terdahulu, syarikat juga meraikan pembeli pertama WR-V serba baharu, Nurain Mohamad pada majlis penyerahan di Accord Auto Sdn Bhd, baru-baru ini.


 
Sebagai tanda penghargaan kepada memperingati peristiwa penting ini, Nurain menerima hadiah berupa aksesori Honda, Ultra Glass Body Coating dan barangan rasmi secara kolektif bernilai RM5,000.

 

Nurain berkata, apabila Honda Malaysia mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan WR-V serba baharu, dia membuat kajian tentang kereta itu dan kagum dengan ciri dan reka bentuknya.

 

 

honda

 

 

"Model ini mempunyai profil muda dan bertenaga, dipamerkan dengan gaya dan penampilan menarik yang mencerminkan keperibadian saya. Saya menyukai WR-V serba baharu yang mempunyai reka bentuk kompak di luar tetapi masih mempunyai ruang yang luas di dalam. 

 

"Oleh itu, saya percaya saya boleh menikmati pengalaman pemanduan di atas jalan yang menyenangkan dengan keselesaan yang terbaik apabila memandu kereta ini setiap hari. Model ini ialah SUV kecil yang sempurna yang saya cari," katanya.

 

 

honda

 

 

honda

 

 

Pemilik Accord Auto Sdn Bhd, Ng Jit Hua pula berkata, pihaknya berbesar hati kerana menjadi pertama memeterai perjanjian dengan Nurain dan menghantar WR-V serba baharu berdaftar pertama kepada pemilik di Malaysia. 

 

"Sokongan padu daripada pelanggan kami adalah penggerak kami ke hadapan. Kami komited untuk melampaui jangkaan pelanggan dan akan diteruskan untuk menyampaikan perkhidmatan jualan dan selepas jualan berkualiti tinggi kepada semua pelanggan Honda," katanya.

 

 

honda

 

 

Untuk melihat dan memandu uji WR-V serba baharu, pelanggan boleh melawat mana-mana 101 pengedar Honda yang sah di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut mengenai WR-V serba baharu, pelanggan boleh menghubungi talian 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my. - DagangNews.com