Uzma raih 2 tahun lanjutan kontrak bernilai RM230 juta daripada Petronas Carigali  | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Uzma raih 2 tahun lanjutan kontrak bernilai RM230 juta daripada Petronas Carigali 

Oleh ZUNAIDAH ZAINON

KUALA LUMPUR 30 Jan - Uzma Bhd. menerusi anak syarikatnya, Setegap Ventures Petroleum Sdn. Bhd. memperoleh lanjutan kontrak daripada Petronas Carigali Sdn. Bhd. selama dua tahun bernilai RM230 juta.

 

Ia menerima surat lanjutan dan pelarasan  bertarikh 7 Disember 2022 membabitkan kontrak penyediaan tiub bergelung dan perkhidmatan untuk Petronas Carigali – Wilayah Timur.

 

"Tempoh lanjutan ini bermula 1 Disember 2022 hingga 30 November 2024," katanya dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini.

 

Kontrak tersebut sebelum ini dianugerahkan pada 20 November 2015. Ia kali pertama dilanjutkan pada 24 November 2020.

 

Kumpulan menjangkakan lanjutan kontrak ini akan menyumbang secara positif kepada hasil dan aset bersih sesaham bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2023 dan seterusnya sehingga tamat kontrak berkenaan. - DagangNews.com