Usahawan muda perlu berani libatkan diri pelaburan emas | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Usahawan muda perlu berani libatkan diri pelaburan emas

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 11 Feb - Usahawan muda perlu berani menyertai sektor perniagaan baharu seperti pelaburan emas, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar. 

 

Beliau berkata, kementerian menggalakkan golongan berkenaan membabitkan diri dalam perniagaan emas kerana ia tidak merugikan.

 

"Kadar keuntungan sekurang-kurangnya 5%. Ini sebenarnya satu peluang yang harus dicuba oleh usahawan muda," katanya kepada media selepas melancarkan emas jenama Omar dan Hana oleh Tamu Gold di.

 

Jenama itu adalah hasil kerjasama antara Tamu Gold dan syarikat animasi tempatan, Digital Durian dalam mengeluarkan produk berkualiti berteraskan simpanan serta pelaburan bertemakan siri animasi kekeluargaan terkenal tanah air, lapor Bernama.

 

 

noh
Tan Sri Noh Omar 

 

 

Omar dan Hana, yang juga hasil karya Digital Durian, dipilih sebagai tema utama produk pelaburan emas Tamu Gold dalam menonjolkan sifat dan budaya ketimuran Keluarga Malaysia yang sentiasa bersopan-santun, saling menghormati dan mempunyai adab yang tinggi. - DagangNews.com