UPM kongsi kepakaran banteras wabak denggi kepada komuniti menerusi University For Society  | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

UPM kongsi kepakaran banteras wabak denggi kepada komuniti menerusi University For Society 

Seramai 500 penduduk setempat menyertai Karnival Banteras Aedes Semudah 123 yang berlangsung di Padang Prima Saujana, Kajang, Selangor pada 29 Januari 2023.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 30 Jan - Menyedari masalah pembiakan nyamuk aedes yang aktif di kawasan kediaman, sebanyak tiga buah universiti telah mengambil inisiatif menganjurkan program membantu komuniti untuk berkongsi kepakaran menyelesaikan masalah tersebut.

 

Gabungan tiga universiti yang dikenali sebagai University For Society (U4S) itu melibatkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). 

 

Pensyarah Kanan Fakulti Pertanian UPM, Dr Juju Nakasha Jaafar berkata, kewujudan kebun komuniti adalah salah satu kaedah bagi membanteras denggi yang mana dapat menjaga kebersihan kawasan sekitar.

 

Katanya, pelancaran kebun komuniti dalam program tersebut merupakan hasil daripada pemindahan ilmu pihak UPM kepada komuniti. 

 

"Selain itu, ia juga dapat mengurangkan pembelian hasil pertanian di luar dan menyatukan ahli komuniti menerusi aktiviti pertanian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Terdahulu, Karnival Banteras Aedes Semudah 123 yang berlangsung di Padang Prima Saujana, Kajang, Selangor itu dihadiri seramai 500 penduduk setempat.

 

 

upm

 

 

upm

 

 

Selain pameran, pelbagai aktiviti dijalankan, termasuk kuiz denggi, aktiviti mencari jentik-jentik dan pertandingan mewarna memberi fokus membanteras penularan aedes.

 

Dalam pada itu, menurut Prof Dr Hidayatulfathi Othman dari UKM, aktiviti membanteras penularan denggi di kawasan kediaman perlu dilaksanakan setiap individu terbabit. 

 

 

upm

 

 

upm

 

 

upm

 

 

Katanya, pihaknya bersama-sama dengan persatuan penduduk telah mewujudkan skuad Program Skuad Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI) bagi bersama-sama bertindak untuk memerangi aedes di kawasan komuniti.

 

"Kaedah mencari dan memusnah tempat pembiakan nyamuk, serta program kesedaran tentang bahaya denggi ini turut disampaikan kepada komuniti menerusi pemindahan ilmu yang dilaksanakan oleh kumpulan pakar UKM," - DagangNews.com