Unisem catat untung bersih RM50.69 juta pada suku pertama | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Unisem catat untung bersih RM50.69 juta pada suku pertama

KUALA LUMPUR 27 April - Unisem (M) Bhd. merekodkan untung bersih sebanyak RM50.69 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2022, meningkat 11.63% daripada RM45.41 juta bagi tempoh sama tahun lalu. 

 

Peningkatan itu dipacu jumlah jualan dan harga jualan purata yang lebih tinggi pada suku berkenaan, menurutnya dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini.

 

Pendapatan bagi suku itu itu meningkat 13.5% kepada RM424.45 juta berbanding RM373.94 juta bagi tempoh sama 2021.

 

Kumpulan merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM58.71 juta pada suku tersebut, yang menyaksikan penurunan 1% daripada RM59.31 juta yang direkodkan bagi tempoh sama tahun sebelumnya. 

 

Bagaimanapun, tiada perubahan ketara dalam keuntungan sebelum cukai bagi suku semasa berbanding suku sebelumnya.

 

Mengenai prospek kumpulan, Unisem berkata, lembaga pengarah menjangkakan prestasi kumpulan yang memuaskan pada masa akan datang.

 

"Permintaan bagi produk dan perkhidmatan pula dijangka kekal kukuh pada suku kewangan seterusnya," katanya.

 

Dalam dagangan berakhir 12.30 tengah hari ini, harga saham Unisem susut 7 sen atau 2.49% kepada RM2.74 dengan 463,900 saham diniagakan. - DagangNews.com