Tony Fernandes dilantik semula sebagai pemangku CEO kumpulan AirAsia X | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Tony Fernandes dilantik semula sebagai pemangku CEO kumpulan AirAsia X

KUALA LUMPUR 8 Julai - Tan Sri Tony Fernandes telah dilantik semula sebagai pemangku ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan AirAsia X Bhd. 

 

Beliau sebelum ini, adalah pengarah syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh itu.

 

“Tony Fernandes dilantik sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan sebagai tambahan kepada jawatannya sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif AirAsia X,” katanya dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini.

 

Pada Jun lalu, AirAsia X menyasarkan kembali pulih dengan kapasiti penumpang kembali ke tahap pra-COVID-19 dalam tempoh dua tahun akan datang.

 

Sasaran itu adalah berdasarkan kepada penyambungan semula operasi penerbangan jarak jauh itu pada awal tahun ini. - DagangNews.com