UUE Holdings raih kontrak RM16 juta bagi sistem elektrik di Tanjung Langsat, Johor | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

UUE Holdings raih kontrak RM16 juta bagi sistem elektrik di Tanjung Langsat, Johor

Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, Johor. - Gambar fail
Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 10 April - UUE Holdings Berhad memperoleh kontrak bernilai RM16 juta bagi kerja-kerja sistem elektrik untuk sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, Johor.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata kontrak berkenaan dianugerahkan kepada anak milik penuhnya, Kum Fatt Engineering Sdn Bhd oleh Tianma Precision Sdn Bhd.

 

Kontrak tersebut melibatkan kerja pembekalan, penghantaran, pemasangan dan pentauliahan sistem elektrik 33kV serta voltan rendah (LV).

 

Tempoh pelaksanaan projek adalah selama lapan bulan bermula 15 April 2026 hingga 15 Disember 2026.

 

Sumbang kepada prestasi kumpulan

UUE berkata kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan sesaham dan aset bersih sesaham kumpulan sepanjang tempoh pelaksanaan.

 

Menurutnya, kontrak tersebut tidak akan memberi kesan kepada modal saham, tahap gearan atau struktur pegangan saham syarikat.

 

Lembaga pengarah turut memaklumkan bahawa risiko berkaitan projek adalah terhad kepada risiko operasi biasa dalam perniagaan kejuruteraan kumpulan.

 

Selain itu, tiada mana-mana pengarah, pemegang saham utama atau pihak berkaitan mempunyai kepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak tersebut.

 

Lembaga berpandangan penerimaan kontrak berkenaan adalah dalam urusan perniagaan biasa dan demi kepentingan terbaik kumpulan. - DagangNews.com