KUALA LUMPUR 25 Feb - Reservoir Link Energy Bhd mencatat untung bersih sebanyak lebih tinggi sebanyak RM84.7 juta pada separuh pertama tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 (2HFY24) berbanding RM3.9 juta pada tempoh yang sama tahun lalu.
Pembekal perkhidmatan berkaitan tenaga itu berkata, pertumbuhan itu merupakan hasil pelarasan nilai saksama yang ditetapkan oleh anak syarikatnya pada masa itu, Founder Group Limited (FGL) bersempena kejayaan penyenaraian kumpulan di Pasaran Modal Nasdaq.
"Penyenaraian FGL menurunkan hasil kumpulan kepada RM77.6 juta kerana hasil FGL hanya disatukan sehingga 23 Oktober 2024.
"Pegangan saham Reservoir Link dalam FGL telah dicairkan daripada 51% kepada 45% selepas penyenaraian," katanya daam satu kenyataan, hari ini.
Timbalan Pengerusi Eksekutif Reservoir Link, Thien Chiet Chai percaya, kumpulan sudah bersedia mengembangkan modalnya dalam pasaran tenaga Malaysia.
"Kami sedang secara aktif mengejar peluang dalam perusahaan tenaga bersih, termasuk penyertaan dalam Program Kuasa Hijau Korporat dan proses pembidaan solar skala besar (LSS) oleh Kementerian Tenaga, Peralihan dan Transformasi Air (Petra), yang berpotensi mengembangkan kapasiti solar dan aliran hasilnya.
"Ketika kami terus meneruskan tender baharu dalam kedua-dua sektor tenaga tradisional dan boleh diperbaharui, kami bersedia untuk pertumbuhan yang mampan," katanya. - DagangNews.com








