Unjuran hasil saham tahunan RCE Capital disemak turun akibat kualiti kredit pemohon lemah - Maybank IB | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Unjuran hasil saham tahunan RCE Capital disemak turun akibat kualiti kredit pemohon lemah - Maybank IB

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 25 Feb - Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) menurunkan unjuran pendapatan sesaham tahunan RCE Capital Bhd sebanyak 11% akibat keputusan kewangan kumpulan yang tidak memenuhi jangkaannya.

 

Firma penyelidikan itu berkata, walaupun gaji penjawat awam dinaikkan, kualiti kredit pemohon yang lemah telah membantu pertumbuhan kumpulan.

 

Terdahulunya, untung bersih RCE pada 3QFY25 mencecah RM30.8 juta, menjadikannya jumlah keuntungan 9MFY25 sebanyak RM88.9 juta atau hanya 61% dan 67% daripada anggaran tahunan serta konsensus.

 

Maybank IB menjangkakan keuntungan bersih teras 3QFY25 RM35 juta sebagai kenaikan gaji kakitangan awam berkuat kuasa pada Disember 2024.

 

Kekurangan pendapatan itu adalah disebabkan hasil jatuh 44% YoY, RCE menjelaskan, ia masih berhati-hati dalam pengeluaran kerana kualiti kredit yang lemah bagi ramai pemohon, yang membawa kepada pendapatan yuran yang kurang.

 

Katanya, pengeluaran dipercepatkan pada Januari tetapi menurun pada Februari.

 

"Pengeluaran RCE akan kembali dipercepatkan pada Mac berikutan perbelanjaan penjawat awam menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bermula pada 30 Mac 2025.

 

“Sehingga itu, RCE akan mengelak daripada membimbing mengenai pertumbuhan pembiayaan ke hadapan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 


Maybank IB mengekalkan saranan "pegang" kepada saham RCE Capital dengan menurunkan harga sasaran (TP) kepada Rm1.34 daripada RM1.45.

 

Sementara itu, firma tersebut sedang menunggu bimbingan daripada RCE mengenai pertumbuhan pembiayaan pada masa hadapan. - DagangNews.com